Saturday, December 17, 2011

Sampai Bila Ingin Cintakan Dosa?


Kenapa kita selalu melakukan sesuatu perkara yang pada hakikatnya kita tahu perkara itu adalah dosa dan kita tahu ia akan mendatangkan kemurkaan Allah?Adakah kerana kita terlalu cintakan dosa sehinggakan mengetepikan kemurkaan Allah?perlulah kita ingat bahawa Allah tidak akan rugi  jika jika kita smelakukan dosa TAPI yang akan rugi itu adalah DIRI kita sendiri



Dosa itu suatu yang melukakan jiwa. Ia melemahkan langkahan untuk menuju Allah.

Namun, hakikatnya semua manusia itu pasti akan berdosa. Kerana Allah tidak ciptakan manusia ini dengan memiliki ‘standard ketaatan’ yang sama seperti malaikat.

Manusia ini diciptakan dengan nafsu. Dia pasti akan tersilap. Dari kesilapan itu, perlunya pembaikan. Namun, gagal mengawal nafsu pula adalah satu bencana.

Memang Allah ciptakan kita dengan kepastian bahawa kita ini tidak pernah terlepas dari dosa. Kenapa?

Supaya kita ini meluangkan masa untuk melihat dan memuhasabah diri, lalu, kita membuat 
perubahan ke arah yang lebih baik.

Supaya kita lebih teliti dalam menjaga diri untuk mengejar cinta Allah.
Kita semua berhajat kepada cinta Allah, bukan?


Lalu, adakah Allah beri selonggok macam itu sahaja cinta-Nya?

Oh, sudah tentu tidak!


Allah beri jalan untuk kita mencapai cinta-NYA. Allah tidak campakkan begitu sahaja. Kalaulah Allah buat begitu, maka pastinya kita tidak menghargai nilai cinta itu, kerana begitu mudah untuk mendapatkannya.

MAKSIAT DAN DOSA MELEMAHKAN PERJALANAN HATI MENUJU CINTA ITU

Sesiapa sahaja pasti pernah berbuat dosa. Baik anda, baik diri saya sendiri. Tetapi, bagaimana hati kita ketika dalam keadaan begitu?

Selesakah kita? Takutkah atau bagaimana perasaan ketika itu?

Perjalanan menuju cinta Allah ini sebenarnya banyak halangannya. Antara halangan terbesar adalah dosa kita sendiri.

Kalaulah diibaratkan sebuah kereta yang sedang bergerak, tayar pecah hanya kerana paku-paku kecil, adakah mampu lagi ia meneruskan perjalanan? Tidak, kecuali setelah dibaiki.
Begitulah dosa dalam kehidupan kita. Sekecil manapun dosa itu, ia tetap menjadi penghalang kita untuk merebut cinta Allah. Ia akan melemahkan jiwa kita, menyebabkan kita lesu dalam usaha menggapai cinta agung itu.

Kita perlu bersyukur apabila Allah sudi untuk anugerahkan cinta-Nya kepada kita. Kenapa?
Anda bayangkanlah, Sultan tidak pernah mengenali anda. Siapalah anda di mata Sultan.Anda hanya orang kampung, yang bekerja pun biasa-biasa saja. Tidaklah bergaji mahal, tidaklah berkedudukan tinggi. Tetapi, suatu hari, Sultan memanggil anda dan memberi anugerah sebagai tanda sayangnya kepada anda. Daripada ramai rakyatnya, cuma anda seorang sahaja yang terpilih, apa perasaan anda ketika itu?

Itu cuma seorang Sultan. Allah yang lebih besar daripada Sultan itu, Pemilik segala-galanya, ingin mengnugerahkan cinta kepada kita yang hina ini. Rasa-rasa, layakkah kita? Tetapi, Allah tetap juga ingin anugerahkan cinta-Nya kepada kita.

Allah ingin beri, kenapa kita tidak berusaha untuk mengambilnya?

Kalaulah seorang Sultan tadi ingin berikan anugerah kepada kita, tiba-tiba beberapa hari sebelum mendapat anugerah itu, kita telah membuat sesuatu yang menyebabkan Sultan itu murka, Agak-agaknya masih ada lagikah anugerah untuk kita?

Lalu, mengapa tidak dengan Allah? Bukankah sepatutnya bila Allah ingin anugerahkan sesuatu yang besar kepada kita yang hina ini, kita menyambutnya dengan baik?
Maka, bagaimanakah kamu menyambut cinta Allah itu?

BERSIHKAN DIRI DENGAN TAUBAT

Sebenarnya, Allah masih lagi memberi peluang kehidupan kepada kita hingga saat ini supaya kita memanfaatkannya untuk bertaubat.

Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna :
“Sekiranya anda ingin memperbaharui hubungan dengan Allah, mulailah dengan BERTAUBAT “

Kita tidak menuju Allah dengan membawa jasad kita ini. Tetapi, kita akan bertemu Allah dengan membawa jiwa kita ini.

Lalu, dengan apa kita mengisi jiwa kita ini?

Jiwa ini kekuatannya hanyalah bila bersandar pada Pemilik asalnya. Ia akan menjadi lemah bila bergantung kepada selain Pemiliknya.

Sekiranya kita mengisi jiwa ini dengan maksiat dan dosa, maka perjalanannya untuk menggapai cinta Allah itu semakin hari semakin lemah sekiranya kita tidak segera bertaubat.
Bertaubat adalah untuk mensucikan jiwa kita. Jiwa yang bersih suci barulah dapat memberi kekuatan kepada badan untuk menggerakkan amal untuk mencapai cinta Allah.

PENUTUP : CINTAKAH KITA PADA IA?

Anda inginkan cinta Allah, bukan? Lalu, mengapa tidak bersihkan halangan-halangan di sepanjang jalan ini untuk sampai ke matlamat cinta Allah itu?

Dosa dan maksiat itu hanya keseronokan bersifat sementara. Yang me’nikmati‘nya di dunia akan menjamah api neraka Allah di akhirat. Yang resah dan risau kerana ’ter’jerumus ke dalamnya, maka dia perlu segera bangkit dan bertaubat.

Dosa hanya melambatkan usaha kita untuk menggapai cinta Allah. Ia cuma melemahkan hati kita, menambah luka di jiwa serta memadam kebaikan.

Seorang ulama’, Abdullah bin Mubarak pernah berpesan:
Aku perhatikan dosa itu mematikan hati dan mempertahankannya adalah kehinaan, meninggalkan dosa adalah kehidupan bagi hati, menundukkannya sangat baik bagi jasmani, dan yang merosak agama adalah para penguasa dan ulama’ serta pakar yang jahat.”

Orang yang selesa dengan dosa, maka dia perlu segera memeriksa dirinya adakah dia sedang BERCINTA dengan DOSA, atau BERCINTAdengan ALLAH?
Bukan jalannya untuk menggapai syurga, kalau masih ada rasa sayang untuk tinggalkan dosa !

jom kita recharge balik iman kita..sentiasalah bertaubat kepada Allah
apakah tujuan hidup dan matlamat kita di dunia ini?Untuk apa kita hidup nie?adakah untuk berterusan melakukan dosa?muhasabah balik diri selama kita hidup di dunia ni berapa banyak pahala yang kita dan kumpul.antara pahala dan dosa mana yang lebih banyak..ingat kembali adakah setiap perkara yang kita lakukan itu Allah redha ke tak?~SAYANGILAH DIRI KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~
Click Me~

Thursday, December 15, 2011

aduuuss susahnya!!

Salam semua..
Click Me~
Ha!apa yang susahnya tu?mesti pernahkan ungkapkan perkataan ini?macam-macam kita rasa susah nak buat dalam hidup ni..susah nak buat itu,..susah nak buat ini..susahnya nak cari duit..bagi yang student macam saya nie..susahnya bejar..susahnyaa soalan exm nie…macam-macam lagilah kesusahan dalam hidup ini..tapi apa yang nak diceritakan xada kaitan pon dengan apa yang disebutkan sebelum ni..
So,apa yang susahnya tu?oklah straight to the point lah..apa yang nak diceritakan nie adalah susahnya kita sebagai hamba Allah ni nak istiqamah melakukan kebaikan dalam hidup ini.Kenapa terasa sukar?cakap memang mudah tapi nak buat memang susah,mulut memang ringan kata
“istiqamah lah sikit buat kerja ni”
“Beribadah ni mesti kena istiqamah
Macam-macam lagilah perkataan yang sewaktu dengannya  kita ungkapkan dalam hal ini..
Pernah jugak mengadu kat abang saya pasal ini dengan selambernya abang  cakap
“cuba lagi..”
             “dah cuba tapi kadang-kadang xjadi juga..rasa jauhnya diri dengan Allah”
kemudian dia kata lagi
“cuba lagi..cuba lagi..cuba lagi”
“adik,syaitan nie bukannya reti dok diam(loghat perlis..hehe)jadi kita kena kuat”
hmmm terfikir seketika sambil bermonolog sendirian.. “hmm betoi jugak tu”..
Tapi bukan saya jer kan yang rasa benda yang sama?mesti  anda semua rasa benda yang sama jugak..sebab fitrah manusia sentiasa nakkan kebaikan tapi disebabkan bisikan-bisikan syaitan dan terpengaruh dek nafsu kita terasa susahnya kita nak beribadah kepada Allah..terasa susahnya nak istiqah pada jalan Allah.Contohnya hari dapat bangun untuk qiamullail..pastu esok sebelum tido kuncilah jam loceng siap-siap xcukup satu..dua jam loceng kita set pastu tambah lagi dengan bunyi jam di henset(semangat katakan nak buat baik ni)tapi kesudahannya bila tiba saat dan ketika nak bangun tu Masya Allah susahnya rasa..mata terpejam sambil tangan meraba-raba untuk off kan bunyi jam tersebut..adakalanya dah bangun ni..tup-tup tak tahulah -bila msanya terlelap balik siap sambung balik mimpi yang tadi tu..(ish..ish terukkan?saya lah tu,anda semua mesti tak kan?)jadi nak buat macam mana tu?
Alangkah indahnya hidup ini jika kita mampu beristiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya.Hakikatnya..adakala imam kita ini bagaikan ombak yang tidak pernah tenang..ada pasang surutnya.Jadi,bagaimana kita mampu menjadi hambaNya yang tetap pendirian dan istiqamah dalam menegakkan agama Allah?
عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
[رواه مسلم]
Dari Abu Amr atau Abu Amrah ra; Sufyan bin Abdullah Atsaqafi r.a. berkata, Aku berkata, Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku dalam Islam satu perkataan yang aku tidak akan menanyakannya kepada seorangpun selain padamu. Rasulullah menjawab, “Katakanlah, saya beriman kemudian istiqamahlah.” (HR. Muslim)
Istiqamah memerlukan mujahidah yang tinggi.jadi apa yang perlu kita buat?
1)      Niat (selalu refresh niat..untuk apa kita hidup,apa matlamat dan tujuan hidup ni)

2)    Kurangkan menonton televisyen/filem dan perkara-perkara yang tidak ada manfaat kepada kebaikan


3)     Pemakanan( nie pon penting sebab apa yang kita makan itu akan membentuk darah dan menjadi daging dalam badan kita,kalau kita makan benda-benda yang tak halal maka ia akan mempengaruhi hati kita

4)    Rajin menghadiri majlis agama dan ilmu( rajin-rajinkanlah kaki untuk ke majlis ilmu sebab banyak pahala tu..jangan rajinkan kaki tu gi tengok wayang dan shopping pulak yer)

5)     Cari rakan yang dapat membimbing kearah kebaikan( rakan itu cerminan bagi diri kita..jadi carilah kawan yang dapat membawa kita kepada keredhaan Allah)

6)     Terima ujian dan cabaran hidup dengan redha dan tawakal( Ujian itu adalah tanda kasih dan sayang Allah pada hambannya)


7)     Mohon doa dan restu ibu bapa (Redha Allah terletak apa redha ibu ayah)

8)    Sentiasa muhasabah diri apa yang berlaku sepanjang hari (renung kembali diri berapa banyak amalan dan pahala yang dapat kita kumpul dalam sehari,apa kesalahan dan cuba perbaiki)

9)     Minta pandangan orang lain(tanya la ustaz atau ustazah apa yang perlu untuk kita buat untuk gapai redha Allah dan istiqamah pada jalannya)

10)Mohon doa pada Nya (bermunajatlah kepadaNya kerna hanya Dia lah tempat kita bergantung..ingat janji Allah itu pasti!!)


Pesanan buat diri dan anda semua: muhasabah diri bersama..tekadkan hati..syoknya buat beribadah! dan ibadah itu bukan satu bebanan~chaiyok2 aja fighting~semoga kita semua  menjadi hamba Allah yang terbaik serta mendapat kebahagian di dunia dan Akhirat.ok itu jerlah perkongsian untuk kali ini..
Click Me~

Saturday, December 10, 2011

Sekiranya seseorang bertanya tentang harga diri,jawapannya ada pada kesetiaan



Kalau dengar tajuk ni mesti ada yang mcm pernah dengar kn?tapi di mana yer?sebenarnya ni salah satu tajuk dalam buku ~U-TURN KE JALAN YANG LURUS.~karya Zul Ramli M.Razali.Buku ni dah lama dah beli dan baca rasanya waktu mula-mula aku masuk UKM dulu, sekarang dah tahun akhir di Ukm ,apa yang nak diceritakan ni bukan pasal pasal ukm tapi pasal tajuk yang tertera kat atas tu.hmm apa yang nak diceritakan adalah(macam skema ja ayat)bilanya habis membaca buku ni ada satu tajuk dan kisah yang menarik minat aku dan melekat kat kotak fikiran sampailah hari ni yang membuat diri ini berfikir dan muhasabah diri seketika.jadi kat sini nak kongsi dengan pembaca semualah.kalau ada yang pernah membaca buku ni tak kisah lah.. baca jugak entri yang  nak ditulis tulis nie.
Click Me~
Kisahnya bermula di sini….


Di sebuah pekan kecil di Switzerland terdapat sebuah tugu seekor anjing di sebuah stesen kereta api.Ada cerita menarik disebaliknya.
Pada suatu hari,tuan anjing bersama anjingnya keluar dari rumah dan dalam keadaan kedinginan mereka menuju ke stesen kereta api tersebut.Hari itu tuannya terpaksa meninggalkan anjingnya sedang dia terpaksa keluar ke pecan lain atas satu urusan.
Sebaik sahaja kereta api sampai,tuannya mengusap-usap anjingnya dan dengan penuh manja seperti biasa anjing itu menjilat-jilat tuannya.Tuannya berangkat dan berlalu pergi bersama kereta api yang menjalar di atas landasan pejal,meninggalkan anjingnya di belakang.


Apabila sampai di pekan yang dituju,tuannya diserang sakit mengejut.Penyakit itu membawa kepada kematian dan jenazahnya disemadikan di sana.


Keesokannya seperti semalam,anjing ini keluar dalam kedinginan menuju dengan penuh setia tuannya di stesen.Apabila kereta api sampai,ia menyalak-nyalak dan melompat kegembiraan. Ia duduk bertentangan dengan pintu gerabak,apabila pintu terbuka semua penumpang melangkah keluar namun,ia tidak menjumpai wajah tuannya. Kereta api kemudiannya berlalu pergi membelah hari dan dengan sungul ia mengatur lankah pulang.


Keesokannya ia datang lagi buat menunggu tuannya dengan penuh setia.Begitulah hari-hari ia ke stesen tersebut.Ia datang dengan melompat-lompat riang sambil menyalak-nyalak disekeliling stesen kegembiraan.Apabila kereta api sampai,sambil menahan nafas bagi meledakan rasa menerkam dan menjilat manja,tuannya pula akan mengusap-usap kepalanya.Penumpang seperti biasa seperti biasa melangkah keluar seorang demi seorang namun, tidak ada wajah tuannya.Kereta api kemudiannya berlalu pergi.Dengan wajah sungul dan tertunduk pilu ia melangkah longlai berlalu pulang meninggalkan stesen


Ia tekun mengulang perkara yang sama setia hari selama bertahun tahun,musim terus silih berganti,ia tetap menyalak riang sebelum kereta api datang dan kemudiannya pulang dengan sungul,namun di manakah tuannya?
Sehinggalah anjing itu tua,ia hanya duduk mundar mandir di sekitar stesen namun masih tetap setia menunggu tuannya pulang.Dia kemudiannya tidak kemana-mana hanya mampu berbaring lemah dengan wajah penuh sayu,menanti dan terus menanti.Panjang episod dukanya.Dalam nafas-nafas terakhir ia masih setia menunggu,di tempat yang sama tuannya membelainya buat kali terakhir,sesuatu masa lampau.Di stesen tersebut akhirnya ia menemui ajal,pada sbuah penatian yang tiada noktah.


Begitulah setiannya seeokor anjing.Pihak stesen yang merakam kisah itu kemudiaanya membina sebuah tugu sebagai lambang kesetiaan.
    
                                 ~ tamat sudah kisahnya~

hmm apa pengajaran yang kita dapat dari kisah anjing ini?Apabila melihat kisah anjing yang panjang ini benarlah kata-kata Saidina Ali 


"Aku belajar tentang takwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya"


Jadi kat sini nak ulas la sikit apa yang penulis buku ini nak sampaikan dan kaitannya dengan kata-kata Saidina Ali tersebut.Apa sebenarnya kaitan anjing dengan kita sebagai manusia.Malu  sekirannya ingin dibantingkan antara kita sebagai manusia dengan Allah dengan seekor anjing dengan tuannya. Kita lihatlah bagaiman anjing dilayan?Tuannya anjing hanya memberinya makan di bawah meja,kadang di luar rumah dan kadang-kadang makanan itu hanya dilempar,tidur pula disudut yang terasing di luar rumah.Ketika hujan turun kadang-kadang tempiasnya membasahi anjing lalu mengigil kesejukan.Satu je kelebihannya ialah ia sedar bahawa ia bukan anjing terbiar seperti anjing jalanan yang tidak bertuan.Itu sahaja!Namun seekor anjing tetap setia dan bersyukur.


Sedang kita sebagai manusia bukan menerima makanan lebih di dunia ini,bukan juga menumpang di rumah asing,sebaliknya kita yang menguasai dunia ini.Sebenarnya begitu banyak nikmat-nikmat yang telah Allah beri kan kepada kita.Pelbagai nikmat-nikmat dan kurniaan Allah untuk kita sebagai hambanya di dunia ini yang telah kita perolehi,nikmat sihat,masa,kekayaan,kebahagiaan,dapat makan makanan yang sedap-sedap dan banyak lagi yang tidak terkira.


Sungguh besar apa yang Allah berikan kepada kita tetapi masih belum mampu untuk kita setia kepada-Nya.Apa yang kita lakukan untuk membalas nikmat Allah ini?meninggalkan kewajipan dan melakukan larangan Allah dan itukah balasan kita untuk apa yang telah Allah berikan?Kita lihat pada hari ini masih ramai orang di luar sana yang tidak kenal akan Penciptanya serta tidak patuh pada agama( sudah tidak kenal bagaimana nak setia kan?)Apakah sebenarnya yang ada pada seekor anjing sehingga mempunyai nilai kesetiaan yang tidak terkalah ini?
Jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri kita kembali...sepanjang hidup ini apa yang telah kita lakukan?apakah kita lakukan untuk membuktikan kesetiaan kita kepada Allah?cukupkah sekadar berada dirumah solat lima waktu dan tidak memikirkan orang lain?


Akhir kata(untuk ketika nie sahaja)dalam kita menjalani kehidupan ni kesetiaan tu amat sangat penting.contohnya dalam hubungan suami isteri kesetiaan tu amat penting dan kalau tak ada nilai kesetiaan itu rasa-rasanya masih wujudkah hubungan/ikatan suami isteri tu?begitu juga pemimpin kalau tidak ada kesetiaan daripada rakyat dan rakyat sudah hilang kesetiaan kepadanya..maka adakah dia layak berada di posisi sebagai pemimpin dan digelar sebagai seorang pemimpin?tapi kadang2 kita mampu memberi kesetiaan kepada seorang pemimpin ataupun sesiapa sahaja hanya kerana mereka memberi sedikit keselesaan kepada kita..letaklah nilai kesetiaan itu pada tempat yang betul dan kesetiaan yang paling asas adalah kepada Allah yang Maha Mengetaui setiap sesuatu.

p/s:sebenarnya apa yang berada di sekeliling kita memberi pelbgai pengajaran buat kita sebagai pengembara di dunia ini..jadi lihatlah sesuatu itu dengan fikiran yang positif dan berfikirlah dengan menggunakan nikmat akal yang telah Allah berikan~terasa kerdilnya diri ini~


Saturday, December 3, 2011

Kita sentiasa diberi pilihan,so jalan mana yg akan kita pilih?


Dalam hidup ini kita sentiasa diberi pilihan untuk menentukan apa yang kita mahu dalam kehidupan kita.Bahkan seluruh aspek yang berkaitan dengan hidup ini kita yang menentukan bukan orang lain. Contohnya time lapar,kita diberi pilihan makanan apa yang kita nak makan,restoran mana yang kita nak pergi,mahal ke murah ke kita sendiri yang tentukan. Contoh lain kalau nak beli pakaian,kita tak di tetapkan oleh tuan kedai tu untuk membeli atau tidak baju yang diorang jual dan tak jugak tuan kedai tu cakap “ha awak mesti beli baju yang ini” takde kan?hmm kalo ada msti kita taknak kn gi kedai tu lagi, xpon  kita bkar je kedai tu.hehe. dan itulah hakikat kehidupan ini.Setiap apa yang kita lakukan itu mesti berdepan dengan pilihan
            Biasanya kalau kita nk buat pilihan sessuatu pilihan tu,selalu kita akan melibatkan orang lain. Kita akan meminta pandangan orang lain lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan situasi yg sukar dan kita sangat memerlukan keputusan yang tepat pada ketika itu. Contohnya dalam soal jodoh,ia sangat memerlukan kita untuk membuat pertimbangan yang paling tinggi sebelum kita nak memutuskan sesuatu pilihan lebih-lebih lagi kalau kita ada lbh dari satu pilihan,time tu mula mcm-mcm emosi timbul,stress,dilemma,takut,hmm kenapa kita rasa mcm tu?kerna ia berkaitan dengan masa dengan kita. Nak pilih calon hidup bukan mcm kita pilih bju sbb kita akan berkongi kehiduupan dengan dia sampai akhir hayat kita,jadi kenalah buat pilihan yang tetap dan ketika tu kita kena mnta pandangan orang lain dan akhirnya kita membuat pilihan dan persoalannya adakah pilihan kita tu tepat?
            Hmmm abis soal jodoh skng masuk pula soal yang lagi penting dari tu yakni berkaitan dengan diri kita. Dan dalam hidup ini kita sendiri yang menentukan hidup kita..jalan mna yg kita nk pilih sama ada nk jadi baik atau nak jadi jahat kita sendiri yg tentukan walaupun kdang2 ita terpengaruh dengan persekitaran,situasi atau pon desakkan hidup dan kita mesti ingat setiap pilihan kita tu ada risiko dan cabarannya. Kalau pilihan yg kita lakukan itu salah,maka orang yg pertama akan dipersalahkan adalah diri kita sendiri dan kita xboleh tuding jari pada orang lain sbb kita sendiri yg buat pilihan itu dan kita harus bertanggungjawab dengan pilihan tersebut.
            Tetapi ramai jgk yang  menyatakan bahawa mereka tidak berjumpa dengan pilihan yang banyak dalam hidup  dan tidak berusaha mendapatkan pilihan lain dan hnya berserah dengan apa sahaja yang ada dan menganggap hanya itu sahaja pilihan yang ada, maka pada hakikatnya itu sebenarnya adalah satu pilihan mereka.harus diingatkan kembali bahawa setiap pilihan yg kita lakukan tersebut akan dipersoalkan kelak.


Jika sesuatu urusan itu kita tidak diberikan pilihan maka ia adalah satu paksaan. Dalam Islam,paksaan itu adalah sangat dilarang seperti masa dalam firman Allah SWT:

Tidak ada paksaan pada agama (Islam), sesungguhnya telas jelas akan jalan yang benar daripada jalan yg sesat.” (Al Baqarah:256)

Islam adalah agama yang murni kerna ia sentiasa memberi kita pilihan dan jalan keluar daripada sebarang masalah yg kita hadapi. Jika kita x diberi pilihan maka ianya bermaksud sesuatu hal itu adalah melibatkan keterpasaan kepada diri kita dan kita tidak mungkin akan mendapatkan pilihan yg lain. Dan dari sudut syarak hal tersebut juga bermaksud kita bebas dari hukum atau tanggungjawab seperti dosa dan pahala. Sedangkan solat dan nikah pon tidak sah kalau kita terpaksa dan adalah mustahil akan ada hisab di akhirat dalam hal yg kita dipaksakan. Firman Allah :
 “ Pada hari ini tlh Kusempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan tlh Ku redha Islam itu menjadi agama bgimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja mahu berbuat dosa,sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah: 3)
Di sini menunjukan bahawa Allah menyuruh kita memilih,menyuruh kita bertanggungjawab atas pilihan kita. Maka dosa dan pahala akan dating sebb ada pilihan dan tindakan. Oleh itu kita hendaklah memahami dengan benar tentang pilihan dan pelajari segala jenis pilihan yg ada dalam kehidupan ini semampu boleh. Dan jika dulu kita pernah melakukan dosa besar dalam hidup kita maka kita diberi pilihan sama ada untuk men “tranformasikan” diri kearah kebaikan atau terus dengan kehidupan yg penuh dengan dosa. Di sini menunjukkan bahawa kita sendiri lah yg mencorakkan kehidup kita bukan orang lain dan jgn merasakan apabila kita telah melakukan kesilapan dalam hidup, kita tidak diberikan pilihan  untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Kita perlu tahu bahawa Allah itu Maha Pegampun dan Penyayang pada hamba-hamba-Nya,Cuma kita perlu kuat untuk mengubah hidup kita kearah yg lebih baik sbb nak buat sesuatu yg baik terasa amat sukar krna nafsu dan syaitan ini xpernah senang klau kita nk buat sesustu yg Allah suka.
Kesimpulannya kat sini nk cakap selalu lah recharge iman kita supaya apabila kita berdepan dengan byk pilihan kita dapat membuat pertimbangan dan berfikir dengan rasional selaras dengan ajaran Islam agar pilihan yg kita buat tu tidak membawa kita kepada kesengsaraan dan kemurkaan Allah…dan jgn ckp dlm hidup ini kita xdiberikan pilhan mcm da orng bila sesuatu terjadi pada drinya,dia merasakan Allah tidak sayang pada nya dan dunia ini seolah2 tidak adil untuk dia lalu membunuh dri..ha!! itu sebenarnya satu pilihan yg salah tlh dia lakukaan..mcm juga seorang banduan yg baru dilepaskan,disebbkan tidak tahan dan kuat dengan cemuhan dan pandangn negatif masyarakat padanya maka dia memilih untuk terus berada di jalan yg membawa dia kepada kegelapan dan kemurkaan Allah padahal dia ada pilihan sama ada pekakkan telinga dan teruskan langkah untuk mara kehadapan dengan jayanya atau mendengar apa yg orang ckp dan menyalahkan diri dan takdir dengan apa yg berlaku pada dirinya dan teruskan kesilapan tersebut.jadi mana yg menjadi pilihan banduan tersebut?hmmm antara Syurga dan Neraka mana yg kita pilih?jadi apa pilihan yg kena kita buat untuk membawa kita kepada kedua-dua tempat yg tlh Allah jnjikan tersebut?tinggalkan kesenangan yg hnya sementara atau kesusahan yg amat pada awalnya dan penghujungnya kebahagiaan yg hakikit?tepuk dada tnya iman.
Click Me~