Friday, October 19, 2012

Belum tiba waktu itu




Assalamualaikum..Alhamdulillah saat ini masih diberi nikmat hidup,sihat dan masa lapang untuk menulis entri ini. Hmm kali nie aku nk cakap sikit pasal jodoh.hehe time macam ni tertiba plak aku terfikir bab jodoh nie..sejak akhir-akhir ini perkataan ini seringkali menerjah ke dalam kotak fikiran aku. Biasalah bila umur dah mencapai 23 tahun ni dan habis pulak belajar.haha Bukan apa asal jumpa orang-orang yang dikenali mesti soalan cepu mas ni keluar “bila lagi nak kawen” dan akan ada soalan lanjutan “tak dak boipren lagi ka? “hang nie memilih sangat kot” dan macam-macam lagi lah sehingga membuatkan fikiran aku jadi serabut nak tergelak pon ada jugak. Hadooi macam-macam. Pernah jugak aku bergurau dengan mak “Mak kakak nak kawen tolong cari calon sat kan orang tua-tua cakap pilihan ibu bapa ni berkat”sambil tersengih. Mak plak cakap “ish zaman la ni orang pakat caghi sendiri la” aku tergelak jer dalam hatitak serius pun sebenarnya..hahaha

Yang pentingnya sapo tak nak kawen?sapo xnak seorang suami yang beriman serta bersama-sama ke Syurga?sapo tak nak melahirkan anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan Rasulullah?semua orang nak dan semua itu fitrah manusia. Jodoh ini rahsia Allah dan kita tak tahu bila waktunya kita akan bertemu dengan jodoh kita tu dan yang paling penting apabila tibanya saat itu adakah aku benar-benar telah bersedia untuk menempuh suatu alam yang aku kira penuh dengan cabaran..Perkara nie sangatlah serius. Ya sangaaaaaaaaaat serius!!! Tertiba teringat kata-kata adik lelaki aku “hmm kalau kawen nanti aku nak cari perempuan yang pakai purdah,nanti lepas kawen taklah aku ada masalaah sangat” dan tiba dia mengelamun seketika dan “tapi kan kakak depa mau ka kat aku ni? Aku tersenyum ja dengar kata-kata adik aku tu. Kesimpulan yang boleh aku buat semua orang mengharapkan jodoh yang terbaik buat diri mereka. Tak kiralah mereka itu jenis yang suka main-main tapi bila fikir soal jodoh dan perkahwinan mesti nak pasangan yang baik-baik sebab setiap orang mendambakan sesuatu yang terbaik dalam hidup mereka dan itu adalah fitrah. Dan..dan lepas kawen nanti tak akan tak ada masalah sebab itu adalah lumrah alam rumah tangga yang akan kita tempuhi kelak(cewah iya2 aku ni..hehe)

Hmm begitu juga aku mengharapkan bertemu seseorang yang boleh membimbing ke arah CINTA yang UTAMA (hmm layak kah aku) Jadi apa yang perlu kita buat mengharap je jer?TIDAK SAMA SEKALI!! tepuk dada tanya iman….huhuhu
Hakikatnya hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita dan apa yang bakal berlaku di kemudian hari itu juga adalah kehendak Allah. Walau apa pun kelemahan dan kekurangan pasangan kita itu nanti terimahlah dengan hati yang ikhlas kerana manusia itu tidak sempurna dan ketidaksempurnaan itu janganlah dicaci tetapi didiklah dengan baik.Bagi yang belum menemukan jodoh anda, sememangnya jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah tetapi kita perlu berusaha umtuk mendapatkannya kerana Allah telah menetapkan jodoh yang bagaimana perlu dicari dan pilihan itu ada di tangan kita

 221. dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))



~Kopi and pasta dari belog orang~
Tidak Ku impi…..

Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,

Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…


Thursday, October 18, 2012

kerana aku punya Dia


Sepanjang korang masih bernafas ini pernah tak korang rasa yang hidup ini adakalanya membosankan,menyedihkan dan membuatkan korang rasa kosong je?kalau jawapannya adalah YA simpan dalam hati jer kalau TIDAK pun simpan jugak dalam hati..huhu Aku juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada perasaan-perasaan sebegitu. Kadang-kadang dalam perjalanan untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang lebih baik sering kali didatangi dengan berbagai jenis perasaan. Kadang-kadang  terleka seketika yang membuatkan diri terasa jauh dari Allah. Kadang-kadang bila sesuatu ujian datang menimpa diri aku rasa seolah-olah tidak kuat untuk menghadapi ujian itu dan menyebabkan hati ini sukar untuk memaafkan orang lain.(tapi biasalah perempuan kadang-kadang emosi mengatasi akal rasional)huhuhu

Walau apapun perasaan yang melanda diri..walau apa pun masalah yag dihadapi aku sedar aku hanyalah manusia biasa yang tak akan terlepas kesilapan dan ujian Allah. Walaupun hidup ini kadang-kadang terasa sepi,sedih, kosong dan perasaan-perasaan yang sewaktu denganya, ingatlah yang Allah sentiasa ada bersama kita kerana Dia ada di waktu kita sedih dan gembira..kerana Dia sentiasa memahami apa yang kita rasa. Perkara penting yang aku rasakan bila ada sesuatu ujian yang melanda diri, adalah aku sedar yang untuk mengapai Syurga Allah itu bukan mudah dan proses untuk mentarbiyyah  diri sangat memerlukan mujahadah yang tinggi.Jadi aku perlu kuat.



Ya Allah ampunkanlah diriku yang seringkali alpa
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku menempuhi kehidupan yg penuh dengan onak dan duri ini
Ya Allah jangan Engkau palingkan aku setelah Engkau beri aku petunjukMu



                                             

                                            ~aku kuat kerana aku adaMu Ya Allah~