Sunday, May 25, 2014

T.E.R.D.I.A.M.S.E.J.E.N.A.K



Assalamualaikum

Tengah sibuk-sibuk nak siapkan artikel tiba-tiba seorang sahabat datang ke bilik. Dia baru pulang dari menghadiri kelas Riasalah An-nur. Bermula dengan perkongsian tentang ilmu yang sahabat sy perolehi seterusnya ia membuatkan saya terhenti seketika daripada melakukan kerja dan otak mula mentafsir setiap kata-kata sahabat saya tadi. Apa yang dikongsikan adalah usia muda ini adalah untuk kita berpenat-penat. Maksudnya gunakanlah tenaga dan nikmat usia ketika muda ini untuk beribadah kepada Allah dengan sebaiknya. Hubungan dengan Allah itu perlu diperkukuhkan. Kita tak tahu samapi bila hidup kita kat dunia ini, panjangkah umur kita hingga tua nnt? kita jamin kah bila kita bazirkan masa muda kita dengan perkara yang sia-sia kita akan diberi kesempatan untuk cover blik di usia tua? kita jaminkah bila tua nnt kita ada kekuatan nak beribadah seperti di usia muda?Kesimpulannya kita tidak tahu apa perancangan yang Allah tetapkan untuk kita. hmmm Ya Allah terasa sebak di dada kerana selama ini waktu itu dibazirkan dengan perkara yang tak bermanfaat. Banyak sangat manjakan diri dengan tidur dan rehat yang panjang. Padahal dunia ini memang tempat nak berpenat-penat kerana Syurga itulah tempat rehat yang abadi dan syaitan tak pernah penat sesaat pun untuk menyesatkan kita kerana dia tahu kelemahan kita.


p/s : ingatan juga buat diri sentiasa update niat supaya kita tidak tersasar daripada matlamat utama kehidupan di dunia ini.
Syukur kepada Allah kerana menghadirkan sahabat-sahabat yang baik dalam hidupku
                        

Thursday, May 15, 2014

B.E.L.I.E.V.E


Bila mana kita merasakan bahawa diri ini kesepian dan keseorangan, jangan menganggap bahawa waktu sudah terhenti buat kita dan jangan anggap bahawa kita tidak mampu melakukan apa-apa. Bila mana perasaan seperti ini menyelubungi diri,cuba cari kekuatan di situ, garapkan impian. Jangan biarkan hari-hari kita mendung dengan perasaan srbegitu. EVERYTHING IS ABOUT BELIEVE..ya kepercayaan dan keyakinan yang tinggi pada ALLAH bahawa tiada yang MUSTAHIL DALAM DUNIA INI DENGAN IZIN-NYA. Walau siapa pun diri kita..kita mampu memgubah diri ini ke arah yang lebih baik jika kita yakin dengan kemampuan diri dan yakin Allah ada untuk kita



Believe +Dream + action + Tawakal + Be grateful