Wednesday, October 14, 2015

SANDARAN HIDUP



DIARY 3

YA ALLAH 
Hati ini milikMu
Seluruh hidupku ini adalah untukMu
Kuatkan aku untuk menempuh segala ujian yang Engkau berikan untukku
Kuatkankanlah hatiku untuk menerima apa yg telah Engkau tetapkan untukku
ku serahkan segala urusanku hanya padaMu
Sesungguhnya Engkau Maha MEngetahui untuk setiap sesuatu

Sunday, September 6, 2015

PERASAAN

DIARY 2



Dalam hidup ini kadang-kadang...bila kita terlampau fikir perasaan orang.... sampaikan kita terpaksa korbankan perasaan sendiri.
Kadang-kadang dalam kita berusaha nak jaga hati orang ada juga hati yang terluka.
Kadang-kadang bila kita cuba buat keputusan untuk diri sendiri pun ada juga hati juga yang terluka

Kesimpulannya hati ini juga terluka

Kadang-kadang terfikir juga perasaan / hubungan dengan manusia ingin sangat dijaga...takut kalau kalau mereka terluka tetapi  hubungan dengan Allah? Adakah benar benar dijaga agar Allah tidak murka dengan kita?
Mungkin ini terjadi akibat kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah
Ya Allah hati2 ini milikMu 
Peliharalah hati hati ini agar sentiasa dekat dengan Mu
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak diketahui oleh hambaMu

#akupendosa
#akumanusiabiasatidaksempurna

Tuesday, June 23, 2015

HIDUP


Diary 1

Hidup ini tidak seperti kita baca novel, bila ada part yang tak menarik kita boleh skip and jump to next page..akan tetapi dalam kehidupan ini bila mana ada dugaan mahupun ujian yang datang..kita tidak boleh lari..walau apa pun yang terjadi kita kena juga hadapi. 

Kadang-kadang rasa nak menangis biasalh manusia biasa punya jiwa yang rapuh..tetapi bila difikir-fikir macam aku je yang ALLAH uji pada hal orang lain bermacam-macam ujian yang berat melanda hidup dia tetapi dia mampu hadapi dengan tenang dan hati yang lapang
Malunya diri aku...


pesan buat diri selagi nafas belum terhenti jangan  putus asa untuk jadi lebih baik

Monday, April 13, 2015

C.0.U.N.T.I.N.G.D.A.Y.S

Awal bulan hari tu penyelia whatapss nak jumpa.Hati ini terus berdebar (maunya tak berdebar tesis tak siap lagi). Nak tak nak kena la jumpa jugak. Nasib la pergi jumpa dengan Azizah so Dr tak la bebel banyak hihihi.. Makanya i need to finish my writing in the end of this month. Dr nak 31 April ni siap dan hantar. No objection!!!
Waaaaa  Ya Hazriani masa anda terus berjalan dan sekarang tinggal 16 hari hari lagi. Mampukah aku siapkan????
 chaiyok2x
tidak ada yang mustahil kan kalau usaha dan sudah pastinya dengan izin Allah
moga  dipermudahkan 

jom berusaha sikit ja lagi ni


Sunday, March 15, 2015

Selamat Ulang Tahun Sayang





Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pada saat dan ketika ini aku masih diberi nafas untuk menjalani kehidupan ini. Pada hari ini 16 Mac 2015 umurku sudah mencecah 26 tahun (Dah tua rasa diri ini..huk...huk..huk..tiba2 terbatuk). 26 tahun dah aku bernafas di bumi milik Allah ini. Pantas masa berlalu. Sepanjang 26 ini banyak perkara yang telah dilalui..suka,duka,pelbagai perasaan turut dilalui bersama keluarga dan teman-teman. 

Terima kasih Allah 
kernaMu aku ada di sini,
Kerna menguniakan aku keluarga dan sahabat, memberi kesempatan untuk aku memperbaiki diri
Terima Kasih Mak
kerna melahirkan diriku ini serta kasih sayang yang diberi
Terima Kasih Abah
kerna menjadi pelindung dan mendidik diri ini
Terima kasih saudaraku
 kerna kalian pelengkap hidupku
Terima Kasih sahabat-sahabatku
kerna kalian mewarnai hidupku,membuat senyuman di bibirku terukir


Sungguh aku menyayangi kalian kerana Allah
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK DIRIKU TERUS ADA BERSAMA KALIAN

Photobucket

Monday, March 9, 2015

S.E.P.I



Perkara paling tidak disukai dalam hidup ni bila mana terpaksa berjalan bersendirian dan makan sendirian.Mungkin perkara ini nampak biasa pada orang lain tetapi tidak pada diriku..i need my family and friends in my life tetapi biasalah kawan bukan selalu ada dengan kita sepanjang masa..so nak tak nak terpaksa juga keseorangan. Tak tahu kenapa bila keseorangan perasaan sedih menerjah ruang hati dan otak mula berfikir macam-macam. Kesimpulannya hidup perlu diteruskan. hahaha 




tertiba terjumpa kata-kata ini membuatkan diri ini terdiam seketika

Ketika kau merasa sepi, jangan kau katakan aku sunyi, tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Yang Memerhati..
Imam al-Ghazali



     

Tuesday, January 6, 2015

tak tahu nak kata apa

Assalamualaikum



Tertiba blur nak menaip tesis ni.hadoii idea datanglaaaah!!!keseru namamu 
hrmm minggu lepas jumpa penyelia pasal penulisan, macam biasalah kenalah bebel sebab dah last sem ni tak siap-siap lagi huhuhu. Dr ada sebut dalam proses nak siapkan tesis ni kena ada amanah dalam diri, apa-apa i love you Dr kerana tak jemu-jemu bagi semangat dan support hehe..

Sekarang ni kat libry untuk siapkan kerja kalau buat kat bilik tu memang tak jalan la, 5 minit depan laptop terus tidur sebab asyik nampak katil ja..hihihi Dekat libry ni macam-macam orang ada tapi yang penting kat sini semua orang fokus ja ada seorang tu fokus sampai tak angkat-angkat kepala, ada jugak yang berkerut-kerut dahi hahaa apa la yang difikirkan tu, kebetulan sekarang examination week so tersangat-sangat fokus la mereka-mereka ini. 

Teserempak dengan kak Rus, student master juga, semangat dia nak siapkan tesis walaupun tengah sarat mengandung, tengok nak berjalan pon dah tak larat tapi tetap bersemangat dan dah nak submit tesis tu.haish sy yang tak kahwin dan takda komitmen apa-apa tak siap-siap juga ish3 apa nak jadi ni...huk3, Kenapa mereka-mereka yang dah berkeluarga, kerja ni boleh siapkan penulisan on time sedangkan yang tak ada komitmen keluarga yang single mingle ni tak siap2 juga..hmmm DISIPLIN DIRI tu tak ada...adoiiii 



oklaaaah nak sambung menaip ni...............................(moga diberi kekuatan)