Saturday, March 17, 2012

Wang memang penting!! TAPI...

                                      duit....ooo duit...ooo..sape tak nak kan?semua orang nak

Assalamualaikum..apa habaq semua?udah lama ceq tak update blog nie.Bukan apa agak malas sejak kebelakangan ini(terus terang itu bagus..hehe)ok lah kali ini nak cerita pasal duit.semua orang tahu kan duit tu apa..haish kalo ada yang tak tahu duit tu apa mesti ada something wrong tu..hehe tiap-tiap cari kita perlukan duit sampai nak masuk toilet pon kena duit.haish tu la realiti dunia hari ini.

Penting sangat ke duit ni?boleh hidup ke kalau tak ada duit?Jawapan nya memang penting kerana setiap urusan muamalat kita memerlukan duit..nak beli itu..nak beli ini..nak beli yang di situ nak beli yang di sana semua kena guna duit kan..Kiranya apa pon kena guna duit la.Duit ni penting untuk kelansungan kehidupan kita di atas muka bumi ini tetapi janganlah kita terlalu mengejar kemewahan dunia sebab kenikmatannya hanyalah sementara.

Berdasarkan pemerhatian aku kan(pemerhatian la sangat kan)perkembangan dunia yang serba canggih ni kan menyebabkan manusia menjadi materialistik.korang setuju tak?setuju ke tak teruskan membaca entri aku ni..hik..hik..hik..ye la disebabkan kecanggihan dunia hari ini,manusia berkejar-berkejar mencari duit pagi petang siang malam  dan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit.kalau siang malam cari duit tak abai tanggungjawab pada Tuhan,agama,keluarga tak pe lah nie terlalu sibuk cari duit sampai lupa suruhan dan larangan tuhan tu yang tak best tu..tak nak..tak nak macam tu..huhuhu

hmm masuk bab nak mencari pasangan hidup pula..ramai yang nak cari calon suami atau isteri yang ada banyak duit.,kriteria pertama tu..haish tak kisah la pasangan tu macam mana agamanya yang pasti duit dia masyuk!!boleh beli apa yang kita nak..tetapi terus terang aku kecian betol dengan orang macam ni.Memanglah duit tu penting untuk kita berumahtangga nanti kalau tak ada duit susah jugak nak beli barang dapur,nak bagi makan anak-anak lagi..cuma jangan jadikan ia sebagai matlamat utama.Yang perempuan plak kadang-kadang sanggup merendahkan maruahnya terkejar-kejar lelaki yang kaya raya kononnya pada pandangan mereka bila kawen dengan lelaki kaya nanti hidup jadi senang boleh beli apa yang diingini..serius aku cakap duit banyak mana pon tak boleh nak beli kasih sayang,tak boleh nak beli kebahagian dan ketenangan akhirnya rumahtangga tu jadi suram.Aku bukan mengata kat kaun wanita diluar sana..aku pon perempuan jgk..cuma sekadar nasihat.

Click Me~Kesimpulannya(simpul teruslaah tak tahu nak tulis pa lagi)dalam menempuh kehidupan ini ikutlah apa yang Islam suruh.Kan dalam Islam adanya konsep wasatiyyah yakni bersederhanalah dalam semua perkara.Indahnya hidup kalau syariat sebenar dipatuhi.Dan ingat wang memang penting sebab ia satu keperluan buat kita tapi ia bukan segala-galanya dan bukan matlamat utama hidup kita di dunia ni.Jadi apa matlamat kita sebenarnya di dunia nie?hmm tepuk dada tanya iman..Akhir kata kalau ada salah nak silap harap dimaafkan