Saturday, December 27, 2014

T.E.R.S.E.D.A.R

Assalamualaikum...

KISAH 1

Entah kenapa tertiba ja time gini terasa nak update blog tapi ok je kan sebab blog ni asyik besawang je ..So apa yang nak diceritakan ni? hmm apa kaitan dengan tajuk kat atas tu "TERSEDAR" argh masalah betul bila nak buat ayat ni .. macam ni dalam hidup ini pernah tak rasa takut? takut nak hadapi sesuatu?takut nak hadapi masalah, takut nak ambik risiko..macam-macam lagi lah hmmm pernah tak rasa macam tu? dan saya ada lah orang yang macam tu takut nak hadapi masalah takut nak ambik risiko, takut nak mencuba sesuatu that's why sy rasa dari dulu sampai la sekarang tengah menaip ni ha still the same person. Maksudnya kelemahan diri tu masih sama tak berubah. Kalau tak mencuba macam mana kita akan daapt hasilnya kan?Dapat kesan kelemahan tu tapi abaikan sebab apa?sebab selalu anggap diri ini berada di zon yang selesa. 
Tetapi mulai hari ini, ketika ini, saat ini, detik ini saya sedar yang saya perlu lakukan sesuatu perubahan dalam               
hidup. Biarlah rasa macam terlambat tapi lagi bagus kan daripada tak ada perubahan langsung ^_^.. Jadi jom lakukan perubahanan..

KISAH 2 

Salah satu problem saya dari dulu sampai sekarang adalah pengurusan masa yang tidak sistematik sebab tu la tesis sampai sekarang tak siap-siap lagi..dan sekarang dah last sem, sepatutnya dah submit n tunggu time untuk viva, sepatutnya juga lepas abis master ni boleh ke step yg seterusnya tapi...tapi disebabkan pengurusan masa yang tak betul ni, asyik bertangguh kerja, selalu fikir takut-takut tesis tak siap tapi no action jadinya masa yang berlalu tu abis macam tu je..rugi kan sangat terasa kerugiannya sekarang. Nampak macam simple je kan masalah ni tapi pengurusan masa yang tak betul ini sangat memberi impak kepada kehidupan yang lebih besar ye la kan kalau pengurusan diri pun tak betul macam mana nak urusan rumahtangga nanti?macam mana nak uruskan sesuatu organisasi?macam mana nak uruskan negara?

keyword 
TRUST YOURSELF

Allah ciptakan kita di dunia ini bukan sia-sia dan masalah yang paling besar yang kena kita hadapi adalah saat di soal oleh malaikat di kubur nanti dan perbicaraan di Mahsyar nanti. So kena jalani kehidupan di dunia ini dengan baik sebab setiap saat yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak..
kepada sesiapa yang mengenali diri ini tegurlah andai diri ini alpa. huk..huk..huk.huk..
milkysmile

Sekian wassalam




Wednesday, July 9, 2014

Allah..Allah..Allah

Saudara-saudara kita diserang lagi!!




sama-sama kita doakan mereka. Ingat doa itu senjata orang mukmin


Kita tak mampu bantu mereka untuk berjuang di sana tetapi kita boleh bantu mereka melalui doa kita. Marilah kita berdoa untuk mereka. Hulurkan bantuan yang termampu.Untuk sumbangan ke Tabung Kecemasan Gaza 2014

Aman Palestin Bhd
MBB 562263010787
BIMB 12029010047880
CIMB 8600460353
RHB 21245760004907
BMMB 12070005133717

sumber: Aman Palestin
kredit to; 
http://www.akupenghibur.com/

Wednesday, July 2, 2014

Hari ni punya cerita..huhu

Assalamualaikum dan Salam Ramadan. Bersama-sama kita memanfatkan setiap saat di bulan yang mulia ini. Moga Ramadan ini lebih baik daripada sebelum ini. Jadikan ramadan kali ini sebagai platform ke arah menjadi Mukmin yang lebih baik..
milkysmile

So..apa yang nya dengan hari ini?menariknya sebab hari ini hari Rabu bersamaan dengan 4 ramadan.. tapi apa yang berlaku pada hari ini kepada aku sangatlah serabut..sabar jela..Stress dengan diri ini semua benda buat tak kena..buat keja tak hati-hati, buat keja yang sama banyak kali pon salah jgk..aigooo..aigoo. akhirnya diri sendiri yang penat, rugi masa, rugi tenaga, rugi elektrik, rugi kertas, rugi ink..keja tak siap-siap.. 
PhotobucketPhotobucketmilkysmile
Salah satu faktor kenapa jd macam ni hari ni (pada hal memang itulah perangainya) adlh, lepas subuh td tidoq, lepaih tu terjaga kalut2 siap2 mai keja, keluaq bilik tak sempat baca doa,mula keja tak baca Bismillah..Kesudahanya seharian kepala ni rasa macam tak betoi ja dan semua benda jadi kelam kabut..adui laa
Pengajaran kepada semua jgn jadi masa saya, Roomate slalu ckp yg ceq ni clumsy, memang diakui huk3..pa pun.. try to be a better person..Jom berazam jadi lebih baik
Chaiyok2 Nanii!!!!Fokus!!!

milkysmile



Tuesday, June 3, 2014

a.b.a.h

Petang td sebelum kemas kemas nk blik dri fakulti tiba tiba teringat nak call mak..tp abah yg angkat..kalau dengan abah 5 minit ja cakap..tu pon rasa lama dah tapi kalau dengan mak sampai kredit abis borak              
milkysmile

Tut..tut..
Assalamualaikum
Abah: wa'alaikumsalam
Me:abah sihat?
Abah: sihat sihat alhamdulillah 
Me: mak mana? 
Abah:mak p surau malam ni ada kuliah..awat call?
Me: saja ja..abah nak duit nak kawen hahaha
Abah: ok nnt abah masukkan
Me: erk???abah lawak je la
Abah: haha ok
Tut.tut..terputus hmm itulah  my abah..huhu

Sunday, May 25, 2014

T.E.R.D.I.A.M.S.E.J.E.N.A.K



Assalamualaikum

Tengah sibuk-sibuk nak siapkan artikel tiba-tiba seorang sahabat datang ke bilik. Dia baru pulang dari menghadiri kelas Riasalah An-nur. Bermula dengan perkongsian tentang ilmu yang sahabat sy perolehi seterusnya ia membuatkan saya terhenti seketika daripada melakukan kerja dan otak mula mentafsir setiap kata-kata sahabat saya tadi. Apa yang dikongsikan adalah usia muda ini adalah untuk kita berpenat-penat. Maksudnya gunakanlah tenaga dan nikmat usia ketika muda ini untuk beribadah kepada Allah dengan sebaiknya. Hubungan dengan Allah itu perlu diperkukuhkan. Kita tak tahu samapi bila hidup kita kat dunia ini, panjangkah umur kita hingga tua nnt? kita jamin kah bila kita bazirkan masa muda kita dengan perkara yang sia-sia kita akan diberi kesempatan untuk cover blik di usia tua? kita jaminkah bila tua nnt kita ada kekuatan nak beribadah seperti di usia muda?Kesimpulannya kita tidak tahu apa perancangan yang Allah tetapkan untuk kita. hmmm Ya Allah terasa sebak di dada kerana selama ini waktu itu dibazirkan dengan perkara yang tak bermanfaat. Banyak sangat manjakan diri dengan tidur dan rehat yang panjang. Padahal dunia ini memang tempat nak berpenat-penat kerana Syurga itulah tempat rehat yang abadi dan syaitan tak pernah penat sesaat pun untuk menyesatkan kita kerana dia tahu kelemahan kita.


p/s : ingatan juga buat diri sentiasa update niat supaya kita tidak tersasar daripada matlamat utama kehidupan di dunia ini.
Syukur kepada Allah kerana menghadirkan sahabat-sahabat yang baik dalam hidupku
                        

Thursday, May 15, 2014

B.E.L.I.E.V.E


Bila mana kita merasakan bahawa diri ini kesepian dan keseorangan, jangan menganggap bahawa waktu sudah terhenti buat kita dan jangan anggap bahawa kita tidak mampu melakukan apa-apa. Bila mana perasaan seperti ini menyelubungi diri,cuba cari kekuatan di situ, garapkan impian. Jangan biarkan hari-hari kita mendung dengan perasaan srbegitu. EVERYTHING IS ABOUT BELIEVE..ya kepercayaan dan keyakinan yang tinggi pada ALLAH bahawa tiada yang MUSTAHIL DALAM DUNIA INI DENGAN IZIN-NYA. Walau siapa pun diri kita..kita mampu memgubah diri ini ke arah yang lebih baik jika kita yakin dengan kemampuan diri dan yakin Allah ada untuk kita



Believe +Dream + action + Tawakal + Be grateful

Tuesday, April 1, 2014

JANGAN MENYESAL



Assalamualaikum w.b.t. hmm lama benar tak meng"update" belog ni. Sibuk sangat sejak akhir-akhir tapi dalam kesibukan yang diciptakan sendiri ni banyak perkara jugak tak settle2 so apa yang sibuknya? and the answer is "sibuk menghabiskan masa". Ya Allah itu tandanya iman aku lemah. Astaghfirullah lemahnya diri ini. Masa itu sangat tinggi nilainya.So sama-sama kita (terutamanya diri ini) muhasabah diri kembali. Jangan biarkan setiap saat masa yang berlalu itu kita bazirkan tanpa mendapat keberkatan dan keradhaan dari Allah. Update kembali niat, matlamat hidup kita agar kita tidak tergolong dalam golongan yang menyesal ketika di Masyar nanti. Akhir kata saya sentiasa mendoakan kita sama-sama mendapat keampunan dan keredhaan dari Allah
p/s : Letakkan duna di tanganmu dan akhirat itu dihati.mga kita sama sama jadi orang yang berjaya ^_^. Hargailah nikmat hidup yang diberikan

Tuesday, January 7, 2014

Masih Belum Terlambat

                                             Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru Semua
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengurniakan nafas dan nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini


Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar

So apa kaitan dengan tajuk entri ini "masih belum terlambat" sebenaqnya masih belum terlambat la untuk saya nak ucap Selamat Tahun baru kepada semua hehehe
Pantas betoi masa berlalu tup-tup dah masuk tahun 2014, Jadi apa azam tahun baru ini? apa pun azam yang ada terpulang la pada diri masing-masing sebab setiap orang tu pasti punya azam, keinginan dan harapan yang tersendiri. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Walaupun apa jua azam serta keinginan yang kita nak kecapi dalam hidup ini Jangan lupa update niat dan Iman kita. Semoga tahun ini lebih banyak dan baik amalan kita daripada tahun yang lalu. Bagi sesiapa yang meraa diri itu banyak melakukan kesilapan dan dosa, selagi roh masih di jasad masih belum terlambat untuk kita kita berubah. U-TURN kembali ke jalan yang lurus. Asam garam dalam kehidupan kadang-kadang kita tersilap atau tersalah pilih jalan. Sesuai lah dengan analogi  bahawa di dunia ini, kita ibarat pengembara, dalam perjalanan kita untuk ke destinasi yang Abadi kadang-kadang kita tersesat jalan sebab dalam satu jalan yang lurus itu banyak benar persimpangannya. Jadi masih belum terlambat untuk kita cari balik jalan yang lurus itu. Kalau kat dunia ni time kita sesat jalan,  kita ada gps, papa-go,wazenavigation atau apa ja applications  tuk tunjuk jalan supaya kita tak sesat (walaupun kadang-kadang sesat jugak guna benda alah ni). Jadinya dalam perjalanan kita untuk beremu Sang Pencipta kita berbekalkan Iman dan Taqwa untuk memandu kita ke jalan yang lurus. Walaupun tersasar berdoalah pada Allah supaya berikan kita petunjuk. Sekali kita tersesat bukan selamanya kita terus berada dalam kesesatan kecualilah orang-orang yang suka dan selesa berada dalam kesesatan tu dan tak nak cari jalan keluar. Janganlah gusar Allah itu MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG. Dia tak akan biarkan hamba-hambaNya yang ingin kembali padaNya terkapai-kapai tanpa arah tujuan. Kalau kita yakin dengan Allah pasti Allah akan tunjukan jalan.

Akhir kata, Kepada kalian selamat menjalani kehidupan, moga apa yang diimpikan tercapai dan moga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya.



Berikutan kegagalan untuk memenuhi azam pada tahun lepas, so tahun ni senaraikan sikit ja. Perkara yang diazamkan tu biar sedikit tapi istiqomah berpanjangan. Sepertimana Hadis Rasulullah S.A.W  Maksudnya: 
"Wahai Rsulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam,yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu"Rasulullah SAW bersabda " Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah" Hadis Riwayat Muslim no 38; al-Nasa'i no 11489 dan Ibn Majah no.3972




okeyh Jom berjuang
hmm esok plak exam undang2 keluarga Islam. Jom study



 Kepada sesiapa yang tengah exam tu selamat maju jaya diucapkan Usaha+doa+tawakal