Sunday, May 13, 2012

Best Friend 4 eVer!!!!!!!!!!!!!!!






Assalamualaikum semua


hmmm lama tak update belog aku nie...haha sibuk sikit di tambah dengan malas tambah lagi line tenet kat bilk saaaaaaaaaaaaaangat lah lembab so bersarang la belog aku nie...hik3


Jadi nak cerita apa jer kat sni nie?hmmm fikir sejenak.ok lah nak cerita pasal sahabat lah..bestfriend forever..hehe korang ada kawan baik@sahabat sejati@bff@kawan sehidup semati @apa-apa jerlah istilah yang sewaktu dengannya..Apa pon sahabat yang baik itu adalah yang ada dengan kita sewaktu kita senang dan susah..sekarang cer kita fikir siapa yer sahabat baik kita?ada tak kita dengan dia sewaktu dia sedih?ada tak kita disamping dia disaat dia perlukan teman untuk meluahkan rasa?ada tak kita disamping dia di saat dia perlukan nasihat dan kata-kata semangat?


Memiliah sahabat nie sangat penting sebab sahabat yang baik akan membawa kita ke jalan yag Allah redha dan akan selalu ingatkan kita bila kita terleka. Tapi nak mendaptkan kawan macam tu kadang-kadang agak susah..sebab kawan sewaktu senang sangat banyak tapi yang betul-betul ada dengan kita sewaktu susah sangatlah kurang. 


Kita nak kawan kita faham kita tapi kita tak pernah nak faham perasaan dia,kita nak kawan kita jadi pendengar yang setia setiap kali kita berbicara tapi kita tak pernah nak dengar bila kawan kita nak meluahkan rasa.Kita nak kawan kita ada sewaktu kita kesusahan tapi bila kawan kita kesusahan kita no respon jer.kadang-kadang kita tak pernah pon tanya kawan kita ada masalah atau tidak sibuk asyik nak fikir pasal diri sendiri.Lagi satu kita sangat rapat dengan kawan kita tapi bila dah ada buah hati kawan ke mana..dan bila patah hati cari balik kawan tu..hmmm harap kita tak macam tu yer..hehehe jangan selfish..kita tak boleh hidup dengan sendiri kat dunia nie..perlu ada teman2 yang ada untuk menceriakan hidup kita..yang ada untuk ingatkan kita.


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”


Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :


§  Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

§  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

§  Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

§  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

§  Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

§  Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

§  Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

§  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

§  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

§  Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

§  Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
§  Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.








P/S : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.



2 comments:

  1. Manusia datang dan pergi,
    namun yang namanya sahabat itu xkan ada ganti..:)

    ReplyDelete
  2. sahabat itu bila bertemu tidak jemu,
    bila berpisah tidak gelisah.
    walau jauh dimata, tapi dekat dihati :)

    ReplyDelete

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day