Monday, December 16, 2013

Tentang Rasa


Pada saat dan ketika ini tertiba hati rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Macam-macam perkara tiba-tiba menerpa di benak fikiran membuatkan hati jadi tak keruan..Perkara pertama yang terlintas difikiran ..bila mana perasaan-perasaan seperti ini muncul adalah kerana hati ini macam lama jer tak bagi makan..asyik bagi perut jer makan..mungkin juga sebab mcam dah lama jer tak update blik niat “Mengapakah aku di hidupkan?..untuk apakah aku hidup?”Sangat menyedihkan kerana kurangnya tarbiyyah hati menyebabkan hati jadi kosong..kosong dan kosooooooooong..

Mode:Muhasabah diri


“Bila mana ruh masih di jasad..kita masih ada peluang untuk berubah untuk jadi lebih baik..Pilihan itu ada di tangan kita “(nasihat untuk diri)moga hari esok lebih baik dari hari ini.



Tuesday, September 24, 2013

Semangat!!dimanakah kau??

Sekarang nie dah masuk sem baru,sepatutnya permulaan sem baru ni mestilah berkobar semangat untuk meneruskan pengajian tetapi tidak bagi diri ini..tak tahu lah kenapa lah rasa macam  tak semangat nak belajar (sangat tidak suka dengan perasaan dan sifat malas yang melampau dalam diri ini). Kalau sifat sebegini berlarutan dalam diri macam mana nak jadi orang yang berjaya dan menyumbang kepada Agama, masyarakat dan negara. So macam mana nie aigoo tertiba terfikir call mak la

Me : Assalamualaikum
Mak : Wa’alaikumussalam ha awat?
Me: Saja rindu
Mak: (gelak) abis kredit ja bdk nie, ha kelas macam mana?
Me:  hmmm oklaah ,mak..orang jadi malas la sem ni tak tau kenapa
Mak: ish kakak nie awat jadi lagu tu..xmau la malas-malas kan kakak yg pilih nak sambung belajaq balik jd kena rajin la (selalu ja mak sebut ayat nie)
Me..hmmmm ok  lah mak Assalamualaikum
Mak: Wa’alaikumussalam dah jgn mlas2!!!!
Tuuuuuuuuuuuuuuuut…

Bila call mak rasa seronok jaa dan rasa semangat tu ada skit walaupun kata2 dy xlah menyuntik semangat pon..hehee , so ceq pon mengoogle laa untuk mencari sesuatu yg boleh dibaca  tertiba jumpa blog nie, tips untuk Berjaya fokus dan tekun macam menarik jer so ceq baca baca laaa hmm entry yg sringkas tapi padat dengan isi..jadinya bila baca entry tu muhasabah sekejap (untuk apa akau belajar,apa matlamatnya dan apa yang perlu difokuskan,istiqamah dan jgn menyerah itu sangat penting!!)



Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang

Akhirnya apa yang nak dikata semangat itu boleh dicari macam juga minat boleh dipupuk . Apa yang penting terpulang kepada diri kita sendiri bak kata “Prof Muhaya KITA PERLU RESET MINDA KEPADA PERKARA-PERKARA YANG POSITIF”kalau asyik sebut malas jer... xde semangat laa.. macam mana nak berjaya kan?


ILMU ITU MILIK ALLAH DAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM KITA DITUNTUT UNTUK MENCARI ILMU
P/S :PERKARA YANG PALING PENTING HUBUNGAN DENGAN ALLAH..di manakah kita?huhuhu selalu alpa dan leka 

Saturday, June 22, 2013

Masa itu begitu pantas berlalu



Pejam celik pejam celik dah hampir satu semester berlalu..rasa macam baru je masuk balik UKM ni. Cepat betul masa itu berlalu. Sekarang dah nak nisfu Syaaban lepas itu kita akan ke bulan yang paling ditunggu-tunggu iaitu Ramadan(Bulan penuh keberkataan). Cepat kan masa itu berlalu, tertiba terfikir banyak tak amalan-amalan yang telah dibuat sebelum nie..huhu rasa macam waktu itu berlalu begitu sahaja tanpa digunakan dengan semaksima mungkin =(


ayat dalam surah Al-'Asr ini menunjukkan bahawa masa itu tersangatlah penting sebab itu Allah bersumpah dengan waktu "demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan" kemudian Allah datangkan pula "kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan masihat menasihati dengan kesabaran". 

Oleh itu masa yang berlalu itu tidak akan sekali-kali dapat kembali. Jika masa lalu itu digunakan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat maka ia akan mendatangkan kerugiaan buat kita kerana kita telah mensia-siakan nikmat waktu yang telah Allah berikan.
Kesimpulannya gunakankanlah masa yang ada ini semaksimum yang mungkin untuk kita beramal ibadah kepada Allah sebab kita tidak tahu bilakan waktu terakhir untuk diri kita.Mungkinkah esok?


pesan buat diri ini yang selalu alpa dan leka =( (tarbiyyah diri kena selalu supaya tidak leka dengan dunia)

Sunday, June 9, 2013





Assalamualaikum..apa khabar semua?macam mana iman kita hari ini?harap-harap semua baik-baik belaka lah..


Nak cakap apa eh..oh lupa pasal examination atau melayunya peperiksaan. Dulu bila dah sem akhir dan konvo ingatkan dah tamat lah perkataaan peperiksaan dalam kamus hidup saya..tup-tup bila dah sambung belajar balik ini nak tak nak kena la jugak menempuh peperiksaan. Bila time exam ni macam-macam gaya manusia jumpa. Semuanya sibuk study..contoh situasi :

·        libry yang sebelum ini biasalah, siap boleh kira orang lagi tiba jadi penuh macam tin sardine bila time nak exam,
·        sebelum ni makan sambil pengang handphone bila time exam makan sambil mata tengok nota.

·        Kiranya makan tengok nota, berjalan sambil pegang nota (kalau terjatuh pon bangun pastu tengok nota balik)atas bas tengok nota sebelum tidur pon tengok nota lagi sampailah tertidur..bagus betul tengok student time2 gini



Semuanya adalah kerana exam. Yelah time sebelum exam mana ada mana student buat perkara macam kat atas tu, kecualilah bagi orang-orang yang otaknya memang study 24 jam.
Cuba kita kaitan exam nie dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Kebanyakan orang bila time nak exam baru sibuk nak ulangkaji sebelum nie bahagia ja hidup. Semua orang berlumba-lumba ulangkaji supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan dapat pointer yang baik (bila pointer tinggi xpyh byat ptptn..hehe)

Hakikatnya dalam kehidupan kita di dunia ini kita pasti akan menempuhi peperiksaan jugak oleh Allah S.W.T. Bezanya ujian yang dibuat oleh Allah itu kita tidak tahu bila waktu dan tarikh dan masanya. Kalau di sekolah dan university ujian itu adalah untuk menguji tahap kefahaman kita sepanjang tempoh pengajian kita tetapi ujian dari Allah itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya. Lagi satu ujian yang saya nak sebutkan di sini adalah semasa kematian kita nanti yakni di mana kita akan disoal oleh malaikat mungkar dan nakir. Apa yang bestnya soalan malaikat itu sebenarnya kita sedia tahu (soalan bocor nie) dan  walaupun sudah kita ketahui tetapi hanya keimanan dan amalan kita di dunia ini akan menentukan segalanya.

Bila difikir-fikir balik..time exam di sekolah mahupun Universiti kenapa kita boleh skor exam tersebut,adalah kerana kita mengulang kaji dengan sungguh-sungguh dan kita tahu bila masanya peperiksaan tersebut akan berlaku. Tetapi bilamana dalam soal ujian Allah dan kematian  tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Jadinya bila kita tak tahu tarikh tersebut kita akan jadi lalai ,tidak fokus dan lupa denga tujuan sebenar hidup kita di dunia ini. Kenapa jadi macam?tepuk dada Tanya Iman ^_^. Akhir kata bila mana kita gagal dalam exam disebabkan kita tak beljar bersungguh-sungguh dan sambil lewa je macam itu jugaklah pengakhiran hidup kita nanti..kita akan gagal kerana kita telah mensia-siakan kehidupan kita di dunia ini.



Walauapa pun kepada sahabat-sahabat di luar sana yang akan menduduki peperiksaaan, selamat maju jaya diucapkan. Usaha+Doa + tawakal = Insyaallah dengan Izin Allah kita akan Berjaya jika gagal jangan putus asa kerana semua itu adalah ujian dari Allah dan jadikan kegagalan tersebut sebagai penguat semangat kita untuk terus melangkah ke hadapan. Di samping sibuk mengulangkaji pelajaran tu jangan lupa tingkatkan hubungan kita dengan Allah(muhasabah untuk diri jugak). Jangan stess-stess 
                                                                                                                                                                   OK CHAIYOK2 AJA2 FIGHTING


Thursday, May 9, 2013

Erti Sebuah Kehidupan



Dalam melayari bahtera kehidupan  ini macam-macam perasaan kita akan rasa dan lalui, ada kalanya kita rasa bahagia, gembira, sedih., kecewa, marah, geram,putus asa dan bermacam-macam-macam lagilah perasaan yang ada. Setiap orang pasti akan merasai perasaan sebegini dengan situasi yang berbeza. Tipu la kalau sesorang itu hidupnya gembira sentiasa tak pernah rasa sedih (untunglah kalau ada orang mcm nie). Hakikatnya perasaan-perasaan sebegitu lah yang mewarnai kehidupan kita. Yang mengajar kita tentang kehidupan. Dalam hidup ini kita takkan selalunya rasa gembira.Ada saatnya bila mana Allah menguji dengan sesuatu ujian, sebagai contoh masalah rumah tangga,masalah dengan kawan-kawan-kawan,masalah dengan bos dan bermacam-macam-macam lagilah masalah yang ada kita akan rasa sedih, putus harapan dan menyendiri. Bila mana kita bermuhasabah kembali sebenarnya ujian Allah itu ada hikmahnya..ujian-ujian yang mendatang menjadikan kita manusia yang tabah dan cekal dan membuatkan iman kita bertambah jika kita bersangka baik terhadap Allah.



Dalam menjalani kehidupan ini juga kadang-kadang kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia dengan pelbagai jenis kerenah..Adakalanya orang itu membuat kita rasa gembira, mengajar kita mentarbiah diri, memahami diri, sedih, membuat kita rasa putus harapan pun ada jugak (nie jenis orang yang suka nk menjatuhkan orang haish) ada jugak yang  innocent … ada jugak yang serius jer,kita cakap mcma xda perasaan like a robot..ada jugak yang selalu buat kita rasa “sentap” ada jugak orang yang tak tahu nak klafikasikan apa dan macam-macam lagilah perangai manusia. Hakikatnya manusia nie memang sifatnya bermacam-macam perwatakan.kalau semua orang sama jer wataknya tak best jugak hidup. Apa yang pastinya semua ini adalah hikmah dari Allah dan dari segi psikologinya bagaimana kita nak berhadapan dengan manusia-manusia seperti yang dinyatakan di atas?. Apa pon kena berfikiran positif.. jangan mudah melatah..bertindak jangan ikut emosi. Ambil pengajaran daripada setiap orang yang kita kenal sebagai sesuatu yang positif barulah hidup kita tak streees je kan.


Dalam menjalani kehidupan di dunia ni..kadang-kadang kita terlupa apakah matlamat hidup kita? Untuk apakah kita dihidupkan? Ke manakah kita selepas ini?. Persoalan-persoalan sebegini selalu kita lupa (termasuklah diri ini) dek kerana terlalu terkejar-kejar akan dunia sehinggakan meninggalkan amalan-amalan yang menjadi saham untuk akhirat kelak. Manusia itu sifatnya lupa..oleh sebab itulah kita kena selalu bermuhasabah. “Refresh” balik diri dan upgrade diri menjadi insan yang lebih baik. Seperti manusia biasa yang lain aku juga kadang-kadang selalu lalai dan alpa..hmm apa yang dikejar pon tak tahu..tup2 masa itu berlalu tanpa melakukan perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada diri dan masyakat (huhu sedih). Ini lah hidup kena berjuang..berjuang melawan nafsu dalam mentarbiyyah diri...berjuang untuk menjadi hamba ALLAH yg TERBAIK..berjuang untuk meraih redhaNYA..berjuang untuk mengapai syurgaNya.

           Hakikat yang perlu difahami kehidupan ini penuh mesteri sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada diri keesokan hari-minggu hadapan-bulan hadapan-tahun hadapan tetapi tak salah untuk kita membuat perancangan dalam hidup dan sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH. Hidup ini juga kata orang ibarat roda,kadang2 kita di atas dan kadang2 kita berada di bawah..Disaat berada di atas bersyukurlah dan di saat berada di bawah juga bersyukurlah kerana kita masih diberi nyawa untuk hidup dan itulah kehidupan yg perlu kita tempuhi.


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah swt
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. 
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

 akhir kata Hidup Ini Indah Jika Kita Pandai Melakarnya