Wednesday, January 18, 2012

Paksa..akhirnya Rela!!





Click Me~Assalamualaikum semua..haluuuu..haluuuu pekhabar semua?tengah buat apo tu?(apa punya soalan lah..mesti tengah baca blog aku kan)haha..Ok!!terus ke tajuk kita pada kali ini.(skema ja ayat)nak cerita sikit lah apa yang paksa pastu rela tu..hehe..sebenarnya xde apa pon cuma kaitan dengan diri saya jer.Nak ceritalah macam manalah aku boleh buat blog nie.sebelum ni tak pernah ambik tahu pon pasal blog-blog nie,dah tak ambik tahu so baca blog orang lagi la tak kan?malas sebenarnya Jadi macam mana tertiba pulak boleh buat blog nie?Sebenarnya lecture yang suruh..hehe sebab blog ni salah satu dari markah untuk kitorang lulus dalam subjek dan jugak exam yakni subjek Teknologi Maklumat Dakwah.Mula-mula tu bila pensyarah suruh jer buat blog dalam hati ni bermonolog sendirian..blog?adus malasnya....zaman facebook sekarang nie ada lagi ke orang baca blog nie? tambah lagi ustaz cakap saya nak blog tu hasil idea sendiri bukan copy paste..lagilah malas.....malas tu sampai dah hampir dengan tarikh untuk hantar link blog kat ustaz tapi blog still xda lagi..jadi terpaksa lah buat..ha nie la yang terpaksa tu..hehehe tapi bila difikir-fikir balik tak baiknya aku ni..blog nie salah satu cara nak berdakwah kepada orang macam mana kita nak manfaatkan teknologi tu untuk tujuan dakwah.hmm betul juga tu.dakwah nie bukan sekadar ceramah semata-mata metod dia luas.cuma kita jer yang kena pandai create.
            Jadi akhirnya dengan rela hati aku tulis blog nie walaupun ada yang "kopi dan pasta"Click Me~biasalah tu kan?susah sebenarnya nak menulis nie bagi akulah, dahlah dengan idea takde tapi takpe bak kata orang puteh slow-slow hehe.hmm hasilnya jadilah blog aku nie seperti mana yang sahabat-sahabat tengok.Walaupun tak seberapa tapi yang penting niat tu.hehe.Begitu juga lah dalam kehidupan seharian ini banyak benda yang kita kadang-kadang terpaksa lakukan.Belajar kadang-kadang semata-mata lulus exam,lepas lulus dapat ijazah pastu bila dah da ijazah nanti dapat kerja.bila dah keja nanti dapat la duit,bila da duit boleh beli macam-macam pastu da duit jugak boleh la kawin.hehe..macam tu jer hidup?Pe pon kunci supaya kita tak nak buat something tu dengan terpaksa adalah kita kembali kepada Allah..betulkan niat kita tu..untuk apa kita buat benda tu?jadikan apa yang kita buat tu sebagai salah satu ibadah kita pada Allah dan berbaik sangka sebab apa yang berlaku dalam hidup kita nie walaupun terjadi sesuatu yang kita tak suka sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi.baru lah ada pahala.Insyaallah..jadi enjoylah kehidupan nie berlandaskan syariat yang telah Allah tetap kan..Hidup ini indah cuma kita yang kena pandai lakarkan..dan lakaran kita itu hendaklah dipandu oleh Al-Quran dan Al-Sunnah barulah dah tersasar.Kalau tersasar pon cepat-cepat U turn balik ke jalan yang betul.

            Akhir sekali kehidupan kita kat dunia nie bukan kita sorang ja..ia membabitkan orang-orang disekeliling kita jugak.Kalau kita nak berubah jadi baik..tak kan kita nak kita jer jadi baik maka kita kena ajak orang lain jadi baik jugak.tulah dakwah.Islam itu jugak untuk kita sebarkan bukan simpan dalam diri kita sorang jer..macam duduk rumah solat,puasa,zakat, sekadar lepas tuk kita jer..padahal orang-orang kat luar yang makin jauh dari nilai-nilai Islam tu tak nak biarkan mereka terus dalam kesesatan.Kita umat Islam adalah bersaudara.Ibarat cubit paha kiri paha kanan terasa..macam tulah...bak kata orang puteh lagi sharing is caring..

Click Me~OKEy!!2 ja untuk kali nie.Sama-sama kita bermuhasabah..tulis memang senang tapi nak aplikasikan dalam kehidupan agak susah tapi xpe biasalah tu nak buat sesuatu yang baik memang susah banyak jer halangan.biasalah syaitan tu tak pernah berhenti buat keje dia jadi kita pon jangan lah berputus asa dan berhenti nak buat baik.Ok!dapat!hehehe k dah abis baca?Jom Zikir sekejap...



Thursday, January 5, 2012

I Love You!!!Forever and Ever


I got this comment from MyCommentCodes.com

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua,
Apa khabar hari ini?sihat ke?macam mana iman kita hari ini?semakin bertambah ke?Harap-Harap semuanya baik-baik belaka ye

          Ok..hmm entri pada kali ini saya nak cerita sikit pasal cinta..semua orang suka kan kalau sebut pasal cinta ini,yang mengantuk pon boleh celik mata bila dengar tentang cinta.Biasalah bila umur dah meningkat dewasa ni kan persoalan cinta ni sentiasa bermain di minda,jangan di katakan kita yang dewasa ni budak-budak tadika pon dah pandai bab cinta-cinta.Apa orang puteh kata "love you"..haha jangan main-main..dah pandai budak-budak sekarang kalah kita..Tapi  bukan pasal budak tadika yang nak difokuskan kat sini..oklah berbalik kepada tajuk perbincangan kita(perbincangan ke?aku sorang jer yang menaip nie ha)

       Seperti mana yang kita tahu cinta ini adalah fitrah manusia,bila disebutkan fitrah ni kiranya ia adalah sesuatu perkara yang ada dijiwa kita.tipulah kalau ada orang cakap dia tak suka cinta-cinta nie sebab kalau ada orang yang cakap macam tu mesti tak normal tu,kira lawan fitrah dia la.

     Jadi apakah cinta yang sebenarnya?Apa yang orang lihat bila sebut pasal cinta nie?hmm bila sebut pasal cinta nie mesti ada orang akan cakap cinta nie mesti keluar berdua-duaan,pegang tangan,waktu birthday dia kita bagi hadiah,kita cakap kat dia “I LOVE YOU” “YOU LOVE ME” dan mesti lelaki perempuan.itulah pendefinisian cinta yang selalu kita dengar.Cinta ini sebenarnya mempunyai makna yang sanga luas.Tapi bukan itu yang nak saya fokuskan..Apa yang nak difokuskan apa yang sebenarnya kita patut namakan cinta.




I got this comment from MyCommentCodes.com

Di sini saya berikan satu analogi.Contohnya ..saya ada seekor kucing dan bayangkan kucing itu kekasih saya.(analogi jer yer)pastu saya cakap kat kucing tu “comel I love you very much”pastu saya sepak-sepak dia tak cukup dengan sepak saya cabut-cabut bulu dia(kejam giler)jadi betul tak apa yang saya cakap kat comel saya tu?saya cakap yang cakap cintakan dy tapi saya sepak-sepak  dia.Jadi berdasarkan apa yang saya buat tu..korang rasa betul tak saya cintakan comel tu?Mesti korang cakap tak kan?cinta apa macam tu kan?
http://c.gigcount.com/wildfire/IMP/CXNID=2000002.0NXC/bT*xJmx*PTEzMjU3OTY4Mzg*MTUmcHQ9MTMyNTc5Njg1MDc*OCZwPTI2OTIxMSZkPSZnPTEmbz*1OWJmZTFhNzczZjQ*NTdmOTZi/MmFhZDcxZjg4OTNhYQ==.gif
        So kat sini saya nak bawa kita semua kepada hakikat yang kita tak berapa nak nampak.Kita cakap kat boyfriend/girlfriend kita yang kita cintakan diorang sangat tapi kita tak nampak yang hubungan cinta kita tu membawa kita ke neraka Allah.Kita melanggar syarak dalam hubungan kita dengan dia.Ada orang tu sampai pegang-pegang tangan lagi walaupun belum berkahwin.Bukankah itu sebenarnya melanggar syarak dan mendatangkan dosa.Dosa ni kalau kita tak bertaubat maka ia takkan hilang,malah ada orang bangga lagi dengan dosa dia siap berzina lagi,kononnya nak membuktikan cinta mereka,sanggup gadaikan segala-galanya.Bukankah itu membawa kita ke neraka Allah S.W.T.Jadi apakah itu cinta?????Apabila kita buat sesuatu yang membawa kita dan pasangan kita itu ke neraka Allah adakah itu kita namakan cinta?Berbalik kepada anologi tadi yang mana saya cakap kat kucing saya yang saya cinta kat dia lepas tu saya sepak-sepak dan pijak-pijak itu korang cakap bukan cinta..jadi bagaimana kita sebagai manusia, bercinta, dan tidak menjaga batas-batas yang telah Allah tetapkan.Oleh itu kita muhasabah balik adakah cinta kita itu berada pada cinta yang hakiki.Cinta yang Allah redha.Cinta yang hakiki ni adalah kita hendak bersama-sama dengan orang yang kita cinta itu ke Syurga Allah.Nama pun cinta kan mesti nak yang terbaik,best-best belaka dan kita mesti tak nak melukakan hati orang yang kita cinta tu.Jadi apakah azab yang lebih dasyat lagi daripada azab api neraka Allah.Apakah luka yang paling parah lagi melainkan luka ketika kita dapat di neraka Allah.Hmm kalau kita bawa kita dan pasangan  kita ke neraka Allah..bukankah itu maksudnya kita tidak cintakan dia?

          Saya berikan lagi satu analogi .Cinta ni sebenarnya ibarat garam dalam masakan.Garam ni seperti mana yang kita tahu ia sangat masin.dan takde orang makan garam macam makan nasi kan?kalau ada yang cuba makan garam macam makan nasi tu memang tak sayang nyawa lah.huhu..ok sambung balik cerita..jadi bagaimana sesuatu makanan itu boleh jadi sedap dengan garam?sebabnya garam yang asalnya masin itu kita guna dengan kadar yang tepat ..apa orang kata?garam secukup rasa?ha macam tu lah jugak lah cinta..Cinta sebenarnya tidak bagus jugak ia melalaikan,mengasyikkan apa lagi ciri -ciri cinta?yang tu jerlah..tapi bila cinta itu kita ambil  dengan kadar yang tepat seperti garam dalam makanan (cecukup rasa)maka cinta juga perlu demikian.Barulah cinta itu akan menjadi cinta yang bermanfaat dan menenangkan jiwa.Ok disini kita perlu perhatikan bagaimana kita perlu mencari jalan-jalan cinta yang sebenarnya...dengan mencari apa cinta yang Allah redha.apakah cinta yang Allah larang,apakah cinta yang Rasulullah tetapkan untuk kita.

        Seperti garam dalam makanan kalau terlebih garam apa jadi dengan makanan?mesti masinkan pastu ada orang nak makan?..last-last buang macam tu ja.Macam tu jugak lah cinta kalau terlebih sangat apa yang terjadi?ada orang bila bercinta ni sampai tinggal study asyik bergayut jer,ada juga sampai melupakan Allah,itu yang tidak boleh tu...jadi dimana kehidupan kita yang sebenar?Hatta bercinta tu pon kita kena tengak balik adakah cinta kita itu berdiri atas landasan yang Allah redha.
       
         Jadi bersama kita bermuhasabah diri kembali..kita lihat balik hubungan kita..cinta kita..kita baiki balik cinta kita tu.kembali kepada Allah.Biar cinta kita tu terbina diatas keimanan dan terjaga atas pagar-pagar syarak.Barulah cinta itu membawa kita ke Syurga Allah.Sebelum berakhir suka saya nak kaitan dengan isu-isu remaja sekarang yang mana bila bercinta ini sanggup mengetepikan keluarga,sampai ada yang sampai lari dari rumah gara-gara family tak merestui hubungan.Ada juga yang sanggup menggadaikan maruah diri demi pakwe tercinta dan lepas tu mengandung dan bila mana mengandung takut nak bagi tahu keluarga dan akhirnya mengambil keputusan menggugurkan anak atau membuang anak.Hal ini yang merunsingkan umat Islam hari ni khususnya di Malaysia tercinta ini.Bila mana kita tidak faham erti cinta yang kita ungkapkan itu dan cinta tersebut tidak disandarkan kepadaAllah.Sangat menyedihkan.

                                 ~Cinta kepada Allah lah cinta yang teragung~
  

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year @ New York!!


eh..eh tajuk cakap kat New York asal ada Twins Tower lak nie?

Assalamualaikum semua?apa khabar sihat?dah makan ker?moga-moga kalian semua berada dalam lindungan rahmat Allah hendaknya

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada seluruh warga planet bumi ni terutamanya bumi Malaysia tercinta inilah mane lagi kan?

Hmm pada tahun ini aku sempatlah join XPDC anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)untuk berdakwah kepada anak muda disekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur..ha Kuala Lumpur yer bukan New York..haha

Sepertimana yang diketahui untuk sambutan tahun baru ini banyak program-program Islamik diadaakan oleh agensi-agensi tertentu untuk menarik orang ramai ke arah ~Islam is the way of Life. Contohnya

  1. Konsert Hibur Didik (Dataran Greenwood)
  2. Himpunan 1000 jiwa 1 hati di/Masjid Negara
  3. Konsert Aspriasiasi Ikim fm di Majlis Wilayah Persekutuan
  4. Soal Jawab Agama bersama Ustaz azHAR Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
  5. Program Indahnya Islam di Masjid Al Syakirin KLCC
  6. Himpunan Mahasiswa Upsi(yang ni special sikit)hehe
Tapi apa yang nak diceritakan nie bukan pasal program-program yang dinyatakan di atas.bukan apa program-program tersebut dah cukup ok dah.Cuma program yang ke 7 tu jer yang kontroversi sedikt tapi ok pe perjaungan Mahasiswa kan.


So apa yang nak diceritakan sebenarnya nie????????

Apa yang nak diceritakan itu adalah berkenaan pengalaman,pandangan dan perasaan aku ketika di Dataran Merdeka Kuala Lumpur semperna sabutan kita nak menyambut kedatangan 2012

Jadi apa perasaan aku?sangat teruja!terkejut!sedih,pilu,sebak,terkilan dan apa jerlah yang sewaktu dengannya.Apa yang terujanya?sebab pe sebab first sambut tahun baru,terkejutnya pulak?melihat ramai sangat orang,macam-macam lapisan masyarakat lah dari seusia awal 7 bulan mungkin sehinggalah dalam lingkungan 70-an mungkin juga.Selain tu jugak pelbagai warganegara ada,Malaysia,Indonesia,Bangladesh,Orang puteh(hehe)macam-macam lagilah


Mengapa sedih,pilu,kecewa,terkilan,sebak?hmm pertama sekali bersama rakan-rakan seperjuangan keluar dari perkarangan masjid Jamek untuk menuju ke Dataran Merdeka sambil mencari-cari anak-anak muda untuk sedikit bicara terasa takut tengok telatah orang-orang yang ada disitu,dengan keadaan bising yang dibuat-duat bertambah lagi dengan perlakuan kurang sopan,memakai costumes dan tanduk seperti syaitan di kepala.Hati ini terdetik sayu melihat gelagat anak muda yang seolah-olah seperti tiada arah tujuan.Di tambah lagi melihat seorang ayah memakaikan anak-anaknya rambut palsu ber "style" punk di kepada dengan si ayah itu juga memakai tanduk di kepada.Hati aku bermonolong sendirian  "apalah yang diorang dapat,apalah erti tahun baru tu pada diorang"



                             ha nie la salah sorang yang letak tanduk kat kepala tu..


Ya Allah,time tu rasa macam "betul ke aku ada di Malaysia" hmm rasa macam ada kat New York je(hiperbola jer nie rasanya New York tu lagi teruk)Tapi tulah hakikatnya yang perlu diterima rasanya nilai-nilai Islam itu sudah terhakis di jiwa mereka,walaupun majoriti yang berada di situ berbangsa Melayu dan Islam tetapi itulah cara mereka menyambut tahun baru, anakmuda dengan bercouplenya,  cara permakaian yang sudah semestinya pengaruh dari barat..(sebab tulah tajuk entri nie kat New York hehe)hmm ditambah lagi dengan adanya konsert artis-artis terkenal yang menjadi idola rakyat Malaysia seperti Faizal Tahir,Misz Nina,Noh Hujan dan lain-lain membuatkan hati ini terasa sedih melihat keadaan umat Islam kini.


nie contoh konsert jerlah yang ada pada malam tu tapi memang ada pon faizal ni nyanyi kt dataran merdeka tu




Hmmmm...Salah siapa sebenarnya nie? dan siapa yang harus dipersalahkan?


Apa yang penting tak perlu nak cari salah siapa dan tuding jari untuk cari kesalahan siapa.apa yang perlu kat sini bagaimana nak membawa kembali budaya Islam dan nilai-nilai hidup Islam dalam kalangan masyarakt Islam di Malaysia.Jadi setiap umat Islam(kita termasuk sama la tu) terutamanya generasi muda ini bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakt kini agar masyarakat Islam di Malaysia kembali mengamalkan budaya Islam.Tak salah nak sambut tahun baru nie dan ,Islam ada caranya..


Apa pun setiap dari kita itu ada amanah yang telah ditaklifkan oleh Allah yakni untuk menyebarkan Islam.Islam itu untuk disebarkan dan keindahannya perlu dikongsi bersama bukan untuk diri sendiri jer.Kalu kita baik,takkan tak nak tengok saudara-saudara kita yang tersalah langkah teruskan kesalahan mereka?mesti kita nak mereka jadi baik jugak kan?barulah ada rahmat dalam sesebuat negara tu..


~Indahnya Islam Manisya Iman~