Saturday, June 30, 2012

Aku dan UKM

Assalamualaikum...

Tertiba nak buat tajuk entri ni..hehe bukan apa hari paper last aku exam..s0 sekarang dah hooorey!!opss tesis tak siap lagi sebenarnya..huhu

hmmm pejam-pejam celik dah 3 tahun aku mencari ilmu kat UKM nie,rasa macam baru jer masuk dan join minggu mesra pelajar (yang entah hape2 tu)..tertiba ja rasa sebak pulak..huhuhu biasaalah pelbagai pengalaman suka dan duka aku tempuhi sendirian dan bersama-sama teman.Kat sini jugalah banyak mengajar aku erti kehidupan.Macam cabaran dan dugaan ditempuhi..dugaan untuk mentarbiyyah diri..dugaan dalam menuntut ilmu..dugaaan dalam mencari sahabat yang sejati, dugaan dengan sifat malas yang melampau-lampau dalam diri ni dan macam-macam lagilah..huhu

Rasa takut pon ada jugak  sebenarnya bila dah abis nie..bukan takut jer macam -macam perasaan ada gelisah,sedih,serabut,kosong..hmm entahlaah kenapa.Masa pantas betul berlalu dan aku dan habiskan 3 tahun hidup sebagai seorang mahasiswa fakulti Pengajian Islam Jabatab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan(skema ja ayat). Pelbagai persoalan juga muncul dalam kotak fikiran aku ni..  apa yang aku dah belajar selama 3 tahun ni?ilmu yang aku belajar ni mampu ke aku aplikasi kat dunia luar nanti?layakkah kau nak mengajar orang nanti?Kadang-kadang rasa macam tak belajar apa pon.huhu hmm macam-macam yang bermain kat fikiran.

Apa pon hidup mesti diteruskan dan yang penting ilmu yang diperolehi perlulah diaplikasikan dalam kehidupan dan apa yang baik itu perlu disebarkan seperti mana Sabda Rasulullah S.a.w    "Sampaikan kepada umatku walau hanya sepotong ayat" (riwayat Bukhari) Jadi aku perlu mempersiapkan diri untuk menempuh dunia yang lagi mencabar di luar sana nanti (chaiyok-chaiyok)


nie la serba sedikit kenangan aku di UKM..

                                                               tadaaa...nie laa UKM (sikit jer la nampak hehe)




ha nie laa kawan-kawan yang sama berjuang dengan aku di UKM..hehe(ada lecture jugak)
 gambar ni masa kami (modul kaunseling) gi buat program kat budak-budak hendry gurney. (hmm kesihan tengok adik-adik kat situ walupun mereka pernah melakukan kesalahan tetapi niat untuk berubah tu ada.Mereka sangat-sangat memerlukan kekuatan spiritual yang kuat untu menempuh kehidupan bila keluar dari tempat ni nanti.)




ni jer la ghupa-ghupa muslimin2 yang ada dalam kelas(maklumlah lelaki makin pupus..hehe)


yang ni masa kita orang buat latihan Amali dakwah non Muslim kat   Tanah Gempur Johor



nie pon sama jugak masa latihan amali dakwah.hmm bukan mudah untuk menjadi seorang dai'e,macam-macam cabaran dan dugaan.walau apa pun dugaan dan cabaran itulah sumber kekuatan dalam meneruskan dakwah Rasulullah S.a.w


   ni pulak masa makan-makan (hmm nasib badan la sebab ceq tak makan seafood dan segaal jenis ikan-iakn ayaq tawaq)




p/s Apa yang baik itu jadikan teladan yang buruk tu buang jauh-jauh..okeyh

Thursday, June 14, 2012

Hidup Ini adalah Perjuangan





Hidup ini satu perjuangan!!!!
Perjuangan untuk jadi hamba Allah yang terbaik
Perjuangan untuk meraih redha Allah
Perjuangan untuk mendapatkan syurga Allah
Perjuangan untuk menyambung dakwah Rasulullah
Perjuangan untuk menjadi anak yang soleh
Perjuangan untuk mentarbiyyah kearah yang lebih baik
Perjuangan untuk melawan nafsu dan kehendak hati
Perjuangan untuk menuntut ilmu Allah


 Sesungguhnya hidup kita ini adalah satu perjuangan. Apabila kita memilih untuk berjuang  kearah kebaikan ini maka akan wujudlah segala liku-liku serta cabaran-cabaran yang seiring dengan perjuangan kita. Maka disini kekuatan mental dan spiritual kita sangatlah penting supaya apabila Allah titipkan sesuatu ujian  tidak mudah mengalah, berputus asa dan bersangka buruk kepada Allah.

Sesungguhnya dalam berjuang  untuk kebaikan ini tersangatlah susah,bermacam-macam perasan akan kita rasakan..rasa macam putus asa,terasa hidup ini seolah-olah tidak adil untuk kita,kadang-kadang juga kita tersasar dari niat asal iaitu mencari keredhaan Allah sehingga membuatkan kita tidak dapat seimbangkan antara dunia dan akhirat.Maka apabila terjadi perasan sedemikian cepat-cepat kita kembali kepada Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang hambanya jika hambanya itu tidak mampu.


Pejuangan itu ibarat TIRAM di lautan..
Dihiris pepasir TERCALARLAH ia..
Sungguhpun TERLUKA tetapi DIPENDAM
Sungguhpun PEDIH tetapi DISIMPAN
Akhirnya dibalas MUTIARA berharga



MODE:Muhasabah diri seketika..tarbiyyah diriku sesangatlah kurang..Dunia membuatkan diri aku kadang-kadang alpa dengan tujuan sebenar aku hidup di dunia ini.Apa yang diungkapkan kadang-kadang tidak selari dengan perbuatan.Ya Allah terlalu banyak dosa-dosanya ku dan kurangnya taubatku pada-Mu











Tuesday, June 12, 2012

Jodoh itu Rahsia Allah



Jodoh?perkataan yang kadang-kadang memuatkan orang tidak tidur malam memikirkannya.Macam-macam perasaan timbul bila fikir soal jodoh ini. Ada yang berserabut..ada yang tercari-cari..ada yang tidak tahu yang mana satu jodohnya(terlalu banyak pilihan hehe) ada yang tersenyum sipu kerana sudah bertemu dengan jodohnya dan ada juga yang jenis tidak kisah..biarlah aku bahagia jer tanpa pasangan..ada jugak yang malas fikir..hmmm kalau ada tu adalah kalau tak da nak buat macam mana. Macam-macam persoalan timbul “aku ni tak cantik/hensem ke sampai takde orang nak kat aku?hmmm bila la agaknya jodoh aku nak sampai?hadooi duit dah cukup ni jodoh pulak takde..aku tak suka kat someone tu tapi tak yakin la pulak dia tu jodoh aku?”dan macam-macam lagilah persoalan timbul dalam fikiran kita.
Apapun persoalan dalam fikiran dan di benak hati hakikatnya jodoh itu adalah rahsia Allah dan tiada siapa pon yang mengetahui siapa,di mana,bagaimanakah jodohnya itu.Bila tiba waktunya yang telah tertulis maka akan ketahuilah siapa jodohnya. Sekuat mana kita merancang dengan orang yang kita cintai dan jka dia bukan jodoh kita maka siapalah kita untuk memilikinya. Setinggi mana impian kita untuk memiliki pasangan yang diimpikan (nak hensem macam shahrukh khan,lee Min Ho,aoran aziz cantik macam prety zinta,song hye kyo,Lisa surihani) jika ditakdirkan oleh Allah bukan sebegitu jodoh kita maka itulah rupanya jodoh kita. Kadang-kidang kita merasakan bahawa lelaki atau wanita itu baik untuk kita tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah beri apa yang kita PERLU dan bukan apa yang kita MAHU.





Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T





~ Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU ~