Assalamualaikum
Tengah
sibuk-sibuk nak siapkan artikel tiba-tiba seorang sahabat datang ke bilik. Dia
baru pulang dari menghadiri kelas Riasalah An-nur. Bermula dengan perkongsian
tentang ilmu yang sahabat sy perolehi seterusnya ia membuatkan saya terhenti
seketika daripada melakukan kerja dan otak mula mentafsir setiap kata-kata
sahabat saya tadi. Apa yang dikongsikan adalah usia muda ini adalah untuk kita
berpenat-penat. Maksudnya gunakanlah tenaga dan nikmat usia ketika muda ini
untuk beribadah kepada Allah dengan sebaiknya. Hubungan dengan Allah itu perlu
diperkukuhkan. Kita tak tahu samapi bila hidup kita kat dunia ini, panjangkah
umur kita hingga tua nnt? kita jamin kah bila kita bazirkan masa muda kita
dengan perkara yang sia-sia kita akan diberi kesempatan untuk cover blik di
usia tua? kita jaminkah bila tua nnt kita ada kekuatan nak beribadah seperti di
usia muda?Kesimpulannya kita tidak tahu apa perancangan yang Allah tetapkan
untuk kita. hmmm Ya Allah terasa sebak di dada kerana selama ini waktu itu
dibazirkan dengan perkara yang tak bermanfaat. Banyak sangat manjakan diri
dengan tidur dan rehat yang panjang. Padahal dunia ini memang tempat nak
berpenat-penat kerana Syurga itulah tempat rehat yang abadi dan syaitan tak pernah penat sesaat pun untuk menyesatkan kita kerana dia tahu kelemahan kita.
p/s : ingatan juga buat diri sentiasa update niat supaya kita tidak tersasar daripada matlamat utama kehidupan di dunia ini.
Syukur kepada Allah kerana menghadirkan sahabat-sahabat yang baik dalam hidupku
Syukur kepada Allah kerana menghadirkan sahabat-sahabat yang baik dalam hidupku
No comments:
Post a Comment
thanks a lot May Allah Bless you..have a good day