Tuesday, January 7, 2014

Masih Belum Terlambat

                                             Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru Semua
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengurniakan nafas dan nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini


Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar

So apa kaitan dengan tajuk entri ini "masih belum terlambat" sebenaqnya masih belum terlambat la untuk saya nak ucap Selamat Tahun baru kepada semua hehehe
Pantas betoi masa berlalu tup-tup dah masuk tahun 2014, Jadi apa azam tahun baru ini? apa pun azam yang ada terpulang la pada diri masing-masing sebab setiap orang tu pasti punya azam, keinginan dan harapan yang tersendiri. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Walaupun apa jua azam serta keinginan yang kita nak kecapi dalam hidup ini Jangan lupa update niat dan Iman kita. Semoga tahun ini lebih banyak dan baik amalan kita daripada tahun yang lalu. Bagi sesiapa yang meraa diri itu banyak melakukan kesilapan dan dosa, selagi roh masih di jasad masih belum terlambat untuk kita kita berubah. U-TURN kembali ke jalan yang lurus. Asam garam dalam kehidupan kadang-kadang kita tersilap atau tersalah pilih jalan. Sesuai lah dengan analogi  bahawa di dunia ini, kita ibarat pengembara, dalam perjalanan kita untuk ke destinasi yang Abadi kadang-kadang kita tersesat jalan sebab dalam satu jalan yang lurus itu banyak benar persimpangannya. Jadi masih belum terlambat untuk kita cari balik jalan yang lurus itu. Kalau kat dunia ni time kita sesat jalan,  kita ada gps, papa-go,wazenavigation atau apa ja applications  tuk tunjuk jalan supaya kita tak sesat (walaupun kadang-kadang sesat jugak guna benda alah ni). Jadinya dalam perjalanan kita untuk beremu Sang Pencipta kita berbekalkan Iman dan Taqwa untuk memandu kita ke jalan yang lurus. Walaupun tersasar berdoalah pada Allah supaya berikan kita petunjuk. Sekali kita tersesat bukan selamanya kita terus berada dalam kesesatan kecualilah orang-orang yang suka dan selesa berada dalam kesesatan tu dan tak nak cari jalan keluar. Janganlah gusar Allah itu MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG. Dia tak akan biarkan hamba-hambaNya yang ingin kembali padaNya terkapai-kapai tanpa arah tujuan. Kalau kita yakin dengan Allah pasti Allah akan tunjukan jalan.

Akhir kata, Kepada kalian selamat menjalani kehidupan, moga apa yang diimpikan tercapai dan moga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya.



Berikutan kegagalan untuk memenuhi azam pada tahun lepas, so tahun ni senaraikan sikit ja. Perkara yang diazamkan tu biar sedikit tapi istiqomah berpanjangan. Sepertimana Hadis Rasulullah S.A.W  Maksudnya: 
"Wahai Rsulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam,yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu"Rasulullah SAW bersabda " Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah" Hadis Riwayat Muslim no 38; al-Nasa'i no 11489 dan Ibn Majah no.3972




okeyh Jom berjuang
hmm esok plak exam undang2 keluarga Islam. Jom study



 Kepada sesiapa yang tengah exam tu selamat maju jaya diucapkan Usaha+doa+tawakal