Sunday, May 27, 2012

Apabila Bidadari Mencemburuimu..


Dunia adalah perhiasan dan Seindah perhiasan dunia adalah wanita Solehah


Assamualaikum w.b.t dan semoga kita semua berada di dalam rahmat Allah hendaknya.ok!!entri kali ini nak cerita pasal tajuk kat atas tu lahh..hehe

Hmm..macam mana pulak bidadari boleh mencemburi wanita di dunia ini?dan adakah kita termasuk wanita-wanita dicemburi oleh bidadari?Sebenarnya bidadari mencemburi wanita-wanita solehah di dunia ini.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

"Dunia adalah perhiasan dan seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah"

Sesungguhnya bidadari sangat mencemburi kesolehan wanita di dunia ini dan di akhirat nanti bidadari sanggup menjadi khadam kepadanya. Oleh itu kepada wanita-wanita diluar sana juga buat diriku yang bergelar wanita hiasilah akhlak dan peribadimu selaras dengan tuntutan Al-Quran dan Al Sunnah sesungguhnya ganjaran yang besar menanti kita di akhirat nanti. Jangan mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Sesungguhnya dunia ini hanya sementara dan yang akan kekal abadi adalah di akhirat sana.

Wanita nie banyak fitnahnya seperti mana hadis Rasulullah s.aw
“Tidaklah aku tinggalkan selepasku akan fitnah bagi lelaki yang terlebih besar daripada fitnah wanita”

Jadi sama-samalah kita menjaga diri kita,jagalah aurat dengan sempurna kerana aurat itu maruah kita.hmmm sebut pasal aurat nie nak cerita lah sikit...Kadang-kita kita selalu nak ambik tau pandangan manusia pada kita. contohnya
“Kalau pakai tutup-tutup semua ni tak cantiklah orang teng0k”
“nanti orang cakap aku ni tak up 2 date la pulak kalau tak ikut fesyen nie”
Pastu mula kita singkatkan tudung,ketatkan baju dan sebagainya. Ingatlah di padang masyar nanti Allah tak akan tanya pandangan orang lain untuk tentukan kita masuk syurga ke neraka.


Jadi sama-samalah kita menjaga aurat kita dan aurat itu tidak terbatas pada tubuh badan kita saja malah tinkah laku dan percakapan juga aurat. Sama-sama juga kita berubah ke arah yang lebih baik dan berusaha ke arah menjadi wanita yang solehah 
dan hamba Allah yang dicintainya





sesungguhnya diri ini terlalu banyak kekurangan masih banyak yang perlu diperbaiki jauh sekali untuk dicemburi oleh para bidadari..










No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day