Thursday, October 18, 2012

kerana aku punya Dia


Sepanjang korang masih bernafas ini pernah tak korang rasa yang hidup ini adakalanya membosankan,menyedihkan dan membuatkan korang rasa kosong je?kalau jawapannya adalah YA simpan dalam hati jer kalau TIDAK pun simpan jugak dalam hati..huhu Aku juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada perasaan-perasaan sebegitu. Kadang-kadang dalam perjalanan untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang lebih baik sering kali didatangi dengan berbagai jenis perasaan. Kadang-kadang  terleka seketika yang membuatkan diri terasa jauh dari Allah. Kadang-kadang bila sesuatu ujian datang menimpa diri aku rasa seolah-olah tidak kuat untuk menghadapi ujian itu dan menyebabkan hati ini sukar untuk memaafkan orang lain.(tapi biasalah perempuan kadang-kadang emosi mengatasi akal rasional)huhuhu

Walau apapun perasaan yang melanda diri..walau apa pun masalah yag dihadapi aku sedar aku hanyalah manusia biasa yang tak akan terlepas kesilapan dan ujian Allah. Walaupun hidup ini kadang-kadang terasa sepi,sedih, kosong dan perasaan-perasaan yang sewaktu denganya, ingatlah yang Allah sentiasa ada bersama kita kerana Dia ada di waktu kita sedih dan gembira..kerana Dia sentiasa memahami apa yang kita rasa. Perkara penting yang aku rasakan bila ada sesuatu ujian yang melanda diri, adalah aku sedar yang untuk mengapai Syurga Allah itu bukan mudah dan proses untuk mentarbiyyah  diri sangat memerlukan mujahadah yang tinggi.Jadi aku perlu kuat.



Ya Allah ampunkanlah diriku yang seringkali alpa
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku menempuhi kehidupan yg penuh dengan onak dan duri ini
Ya Allah jangan Engkau palingkan aku setelah Engkau beri aku petunjukMu



                                             

                                            ~aku kuat kerana aku adaMu Ya Allah~

No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day