Tuesday, June 12, 2012

Jodoh itu Rahsia Allah



Jodoh?perkataan yang kadang-kadang memuatkan orang tidak tidur malam memikirkannya.Macam-macam perasaan timbul bila fikir soal jodoh ini. Ada yang berserabut..ada yang tercari-cari..ada yang tidak tahu yang mana satu jodohnya(terlalu banyak pilihan hehe) ada yang tersenyum sipu kerana sudah bertemu dengan jodohnya dan ada juga yang jenis tidak kisah..biarlah aku bahagia jer tanpa pasangan..ada jugak yang malas fikir..hmmm kalau ada tu adalah kalau tak da nak buat macam mana. Macam-macam persoalan timbul “aku ni tak cantik/hensem ke sampai takde orang nak kat aku?hmmm bila la agaknya jodoh aku nak sampai?hadooi duit dah cukup ni jodoh pulak takde..aku tak suka kat someone tu tapi tak yakin la pulak dia tu jodoh aku?”dan macam-macam lagilah persoalan timbul dalam fikiran kita.
Apapun persoalan dalam fikiran dan di benak hati hakikatnya jodoh itu adalah rahsia Allah dan tiada siapa pon yang mengetahui siapa,di mana,bagaimanakah jodohnya itu.Bila tiba waktunya yang telah tertulis maka akan ketahuilah siapa jodohnya. Sekuat mana kita merancang dengan orang yang kita cintai dan jka dia bukan jodoh kita maka siapalah kita untuk memilikinya. Setinggi mana impian kita untuk memiliki pasangan yang diimpikan (nak hensem macam shahrukh khan,lee Min Ho,aoran aziz cantik macam prety zinta,song hye kyo,Lisa surihani) jika ditakdirkan oleh Allah bukan sebegitu jodoh kita maka itulah rupanya jodoh kita. Kadang-kidang kita merasakan bahawa lelaki atau wanita itu baik untuk kita tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah beri apa yang kita PERLU dan bukan apa yang kita MAHU.





Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T





~ Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU ~






No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day