Sunday, March 15, 2015

Selamat Ulang Tahun Sayang





Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pada saat dan ketika ini aku masih diberi nafas untuk menjalani kehidupan ini. Pada hari ini 16 Mac 2015 umurku sudah mencecah 26 tahun (Dah tua rasa diri ini..huk...huk..huk..tiba2 terbatuk). 26 tahun dah aku bernafas di bumi milik Allah ini. Pantas masa berlalu. Sepanjang 26 ini banyak perkara yang telah dilalui..suka,duka,pelbagai perasaan turut dilalui bersama keluarga dan teman-teman. 

Terima kasih Allah 
kernaMu aku ada di sini,
Kerna menguniakan aku keluarga dan sahabat, memberi kesempatan untuk aku memperbaiki diri
Terima Kasih Mak
kerna melahirkan diriku ini serta kasih sayang yang diberi
Terima Kasih Abah
kerna menjadi pelindung dan mendidik diri ini
Terima kasih saudaraku
 kerna kalian pelengkap hidupku
Terima Kasih sahabat-sahabatku
kerna kalian mewarnai hidupku,membuat senyuman di bibirku terukir


Sungguh aku menyayangi kalian kerana Allah
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN AKU KESEMPATAN UNTUK DIRIKU TERUS ADA BERSAMA KALIAN

Photobucket

Monday, March 9, 2015

S.E.P.I



Perkara paling tidak disukai dalam hidup ni bila mana terpaksa berjalan bersendirian dan makan sendirian.Mungkin perkara ini nampak biasa pada orang lain tetapi tidak pada diriku..i need my family and friends in my life tetapi biasalah kawan bukan selalu ada dengan kita sepanjang masa..so nak tak nak terpaksa juga keseorangan. Tak tahu kenapa bila keseorangan perasaan sedih menerjah ruang hati dan otak mula berfikir macam-macam. Kesimpulannya hidup perlu diteruskan. hahaha 




tertiba terjumpa kata-kata ini membuatkan diri ini terdiam seketika

Ketika kau merasa sepi, jangan kau katakan aku sunyi, tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Yang Memerhati..
Imam al-Ghazali