Saturday, June 22, 2013

Masa itu begitu pantas berlalu



Pejam celik pejam celik dah hampir satu semester berlalu..rasa macam baru je masuk balik UKM ni. Cepat betul masa itu berlalu. Sekarang dah nak nisfu Syaaban lepas itu kita akan ke bulan yang paling ditunggu-tunggu iaitu Ramadan(Bulan penuh keberkataan). Cepat kan masa itu berlalu, tertiba terfikir banyak tak amalan-amalan yang telah dibuat sebelum nie..huhu rasa macam waktu itu berlalu begitu sahaja tanpa digunakan dengan semaksima mungkin =(


ayat dalam surah Al-'Asr ini menunjukkan bahawa masa itu tersangatlah penting sebab itu Allah bersumpah dengan waktu "demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan" kemudian Allah datangkan pula "kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan masihat menasihati dengan kesabaran". 

Oleh itu masa yang berlalu itu tidak akan sekali-kali dapat kembali. Jika masa lalu itu digunakan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat maka ia akan mendatangkan kerugiaan buat kita kerana kita telah mensia-siakan nikmat waktu yang telah Allah berikan.
Kesimpulannya gunakankanlah masa yang ada ini semaksimum yang mungkin untuk kita beramal ibadah kepada Allah sebab kita tidak tahu bilakan waktu terakhir untuk diri kita.Mungkinkah esok?


pesan buat diri ini yang selalu alpa dan leka =( (tarbiyyah diri kena selalu supaya tidak leka dengan dunia)

No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day