Assalamualaikum..apa
khabar semua?macam mana iman kita hari ini?harap-harap semua baik-baik belaka
lah..
Nak
cakap apa eh..oh lupa pasal examination atau melayunya peperiksaan. Dulu bila
dah sem akhir dan konvo ingatkan dah tamat lah perkataaan peperiksaan dalam
kamus hidup saya..tup-tup bila dah sambung belajar balik ini nak tak nak kena
la jugak menempuh peperiksaan. Bila time exam ni macam-macam gaya manusia
jumpa. Semuanya sibuk study..
contoh situasi :
·
libry yang
sebelum ini biasalah, siap boleh kira orang lagi tiba jadi penuh macam tin sardine
bila time nak exam,
·
sebelum ni
makan sambil pengang handphone bila time exam makan sambil mata tengok nota.
·
Kiranya
makan tengok nota, berjalan sambil pegang nota (kalau terjatuh pon bangun pastu tengok nota balik)atas bas tengok nota sebelum
tidur pon tengok nota lagi sampailah tertidur..bagus betul tengok student time2
gini
Semuanya
adalah kerana exam. Yelah time sebelum exam mana ada mana student buat perkara
macam kat atas tu, kecualilah bagi orang-orang yang otaknya memang study 24
jam.
Cuba
kita kaitan exam nie dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Kebanyakan orang
bila time nak exam baru sibuk nak ulangkaji sebelum nie bahagia ja hidup. Semua
orang berlumba-lumba ulangkaji supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik
dan dapat pointer yang baik (bila pointer tinggi xpyh byat ptptn..hehe).
Hakikatnya dalam kehidupan kita di dunia ini kita pasti akan menempuhi
peperiksaan jugak oleh Allah S.W.T. Bezanya ujian yang dibuat oleh Allah itu
kita tidak tahu bila waktu dan tarikh dan masanya. Kalau di sekolah dan university
ujian itu adalah untuk menguji tahap kefahaman kita sepanjang tempoh pengajian
kita tetapi ujian dari Allah itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita
kepadaNya. Lagi satu ujian yang saya nak sebutkan di sini adalah semasa
kematian kita nanti yakni di mana kita akan disoal oleh malaikat mungkar dan
nakir. Apa yang bestnya soalan malaikat itu sebenarnya kita sedia tahu (soalan
bocor nie) dan walaupun sudah kita
ketahui tetapi hanya keimanan dan amalan kita di dunia ini akan menentukan
segalanya.
Bila
difikir-fikir balik..time exam di sekolah mahupun Universiti kenapa kita boleh
skor exam tersebut,adalah kerana kita mengulang kaji dengan sungguh-sungguh dan
kita tahu bila masanya peperiksaan tersebut akan berlaku. Tetapi bilamana dalam
soal ujian Allah dan kematian tiada
siapa yang tahu melainkan Allah. Jadinya bila kita tak tahu tarikh tersebut
kita akan jadi lalai ,tidak fokus dan lupa denga tujuan sebenar hidup kita di
dunia ini. Kenapa jadi macam?tepuk dada Tanya Iman ^_^. Akhir kata bila mana
kita gagal dalam exam disebabkan kita tak beljar bersungguh-sungguh dan sambil
lewa je macam itu jugaklah pengakhiran hidup kita nanti..kita akan gagal kerana
kita telah mensia-siakan kehidupan kita di dunia ini.
Walauapa
pun kepada sahabat-sahabat di luar sana yang akan menduduki peperiksaaan,
selamat maju jaya diucapkan. Usaha+Doa + tawakal = Insyaallah dengan Izin Allah
kita akan Berjaya jika gagal jangan putus asa kerana semua itu adalah ujian
dari Allah dan jadikan kegagalan tersebut sebagai penguat semangat kita untuk
terus melangkah ke hadapan. Di samping sibuk mengulangkaji pelajaran tu jangan
lupa tingkatkan hubungan kita dengan Allah(muhasabah untuk diri jugak). Jangan stess-stess
OK CHAIYOK2 AJA2 FIGHTING