Sunday, June 9, 2013





Assalamualaikum..apa khabar semua?macam mana iman kita hari ini?harap-harap semua baik-baik belaka lah..


Nak cakap apa eh..oh lupa pasal examination atau melayunya peperiksaan. Dulu bila dah sem akhir dan konvo ingatkan dah tamat lah perkataaan peperiksaan dalam kamus hidup saya..tup-tup bila dah sambung belajar balik ini nak tak nak kena la jugak menempuh peperiksaan. Bila time exam ni macam-macam gaya manusia jumpa. Semuanya sibuk study..contoh situasi :

·        libry yang sebelum ini biasalah, siap boleh kira orang lagi tiba jadi penuh macam tin sardine bila time nak exam,
·        sebelum ni makan sambil pengang handphone bila time exam makan sambil mata tengok nota.

·        Kiranya makan tengok nota, berjalan sambil pegang nota (kalau terjatuh pon bangun pastu tengok nota balik)atas bas tengok nota sebelum tidur pon tengok nota lagi sampailah tertidur..bagus betul tengok student time2 gini



Semuanya adalah kerana exam. Yelah time sebelum exam mana ada mana student buat perkara macam kat atas tu, kecualilah bagi orang-orang yang otaknya memang study 24 jam.
Cuba kita kaitan exam nie dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Kebanyakan orang bila time nak exam baru sibuk nak ulangkaji sebelum nie bahagia ja hidup. Semua orang berlumba-lumba ulangkaji supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan dapat pointer yang baik (bila pointer tinggi xpyh byat ptptn..hehe)

Hakikatnya dalam kehidupan kita di dunia ini kita pasti akan menempuhi peperiksaan jugak oleh Allah S.W.T. Bezanya ujian yang dibuat oleh Allah itu kita tidak tahu bila waktu dan tarikh dan masanya. Kalau di sekolah dan university ujian itu adalah untuk menguji tahap kefahaman kita sepanjang tempoh pengajian kita tetapi ujian dari Allah itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepadaNya. Lagi satu ujian yang saya nak sebutkan di sini adalah semasa kematian kita nanti yakni di mana kita akan disoal oleh malaikat mungkar dan nakir. Apa yang bestnya soalan malaikat itu sebenarnya kita sedia tahu (soalan bocor nie) dan  walaupun sudah kita ketahui tetapi hanya keimanan dan amalan kita di dunia ini akan menentukan segalanya.

Bila difikir-fikir balik..time exam di sekolah mahupun Universiti kenapa kita boleh skor exam tersebut,adalah kerana kita mengulang kaji dengan sungguh-sungguh dan kita tahu bila masanya peperiksaan tersebut akan berlaku. Tetapi bilamana dalam soal ujian Allah dan kematian  tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Jadinya bila kita tak tahu tarikh tersebut kita akan jadi lalai ,tidak fokus dan lupa denga tujuan sebenar hidup kita di dunia ini. Kenapa jadi macam?tepuk dada Tanya Iman ^_^. Akhir kata bila mana kita gagal dalam exam disebabkan kita tak beljar bersungguh-sungguh dan sambil lewa je macam itu jugaklah pengakhiran hidup kita nanti..kita akan gagal kerana kita telah mensia-siakan kehidupan kita di dunia ini.



Walauapa pun kepada sahabat-sahabat di luar sana yang akan menduduki peperiksaaan, selamat maju jaya diucapkan. Usaha+Doa + tawakal = Insyaallah dengan Izin Allah kita akan Berjaya jika gagal jangan putus asa kerana semua itu adalah ujian dari Allah dan jadikan kegagalan tersebut sebagai penguat semangat kita untuk terus melangkah ke hadapan. Di samping sibuk mengulangkaji pelajaran tu jangan lupa tingkatkan hubungan kita dengan Allah(muhasabah untuk diri jugak). Jangan stess-stess 
                                                                                                                                                                   OK CHAIYOK2 AJA2 FIGHTING


No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day