Kenapa kita selalu melakukan sesuatu perkara yang pada hakikatnya kita tahu perkara itu adalah dosa dan kita tahu ia akan mendatangkan kemurkaan Allah?Adakah kerana kita terlalu cintakan dosa sehinggakan mengetepikan kemurkaan Allah?perlulah kita ingat bahawa Allah tidak akan rugi jika jika kita smelakukan dosa TAPI yang akan rugi itu adalah DIRI kita sendiri
Dosa itu suatu yang melukakan jiwa. Ia melemahkan
langkahan untuk menuju Allah.
Namun,
hakikatnya semua manusia itu pasti akan berdosa. Kerana Allah tidak ciptakan
manusia ini dengan memiliki ‘standard ketaatan’ yang
sama seperti malaikat.
Manusia ini
diciptakan dengan nafsu. Dia pasti akan tersilap. Dari kesilapan itu, perlunya
pembaikan. Namun, gagal mengawal nafsu pula adalah satu bencana.
Memang Allah
ciptakan kita dengan kepastian bahawa kita ini tidak pernah terlepas dari dosa.
Kenapa?
Supaya kita ini
meluangkan masa untuk melihat dan memuhasabah diri, lalu, kita membuat
perubahan ke arah yang lebih baik.
Supaya kita
lebih teliti dalam menjaga diri untuk mengejar cinta Allah.
Kita semua
berhajat kepada cinta Allah, bukan?
Lalu, adakah Allah beri selonggok macam itu sahaja cinta-Nya?
Oh, sudah tentu tidak!
Allah beri
jalan untuk kita mencapai cinta-NYA. Allah tidak campakkan begitu sahaja.
Kalaulah Allah buat begitu, maka pastinya kita tidak menghargai nilai cinta
itu, kerana begitu mudah untuk mendapatkannya.
MAKSIAT DAN DOSA MELEMAHKAN PERJALANAN HATI MENUJU CINTA ITU
Sesiapa sahaja
pasti pernah berbuat dosa. Baik anda, baik diri saya sendiri. Tetapi, bagaimana
hati kita ketika dalam keadaan begitu?
Selesakah kita?
Takutkah atau bagaimana perasaan ketika itu?
Perjalanan
menuju cinta Allah ini sebenarnya banyak halangannya. Antara halangan terbesar
adalah dosa kita sendiri.
Kalaulah
diibaratkan sebuah kereta yang sedang bergerak, tayar pecah hanya kerana
paku-paku kecil, adakah mampu lagi ia meneruskan perjalanan? Tidak, kecuali
setelah dibaiki.
Begitulah dosa
dalam kehidupan kita. Sekecil manapun dosa itu, ia tetap menjadi penghalang
kita untuk merebut cinta Allah. Ia akan melemahkan jiwa kita, menyebabkan kita
lesu dalam usaha menggapai cinta agung itu.
Kita perlu
bersyukur apabila Allah sudi untuk anugerahkan cinta-Nya kepada kita. Kenapa?
Anda
bayangkanlah, Sultan tidak pernah mengenali anda. Siapalah anda di mata
Sultan.Anda hanya orang kampung, yang bekerja pun biasa-biasa saja. Tidaklah
bergaji mahal, tidaklah berkedudukan tinggi. Tetapi, suatu hari, Sultan
memanggil anda dan memberi anugerah sebagai tanda sayangnya kepada anda.
Daripada ramai rakyatnya, cuma anda seorang sahaja yang terpilih, apa perasaan
anda ketika itu?
Itu cuma seorang
Sultan. Allah yang lebih besar daripada Sultan itu, Pemilik segala-galanya,
ingin mengnugerahkan cinta kepada kita yang hina ini. Rasa-rasa, layakkah kita?
Tetapi, Allah tetap juga ingin anugerahkan cinta-Nya kepada kita.
Allah ingin
beri, kenapa kita tidak berusaha untuk mengambilnya?
Kalaulah
seorang Sultan tadi ingin berikan anugerah kepada kita, tiba-tiba beberapa hari
sebelum mendapat anugerah itu, kita telah membuat sesuatu yang menyebabkan
Sultan itu murka, Agak-agaknya masih ada lagikah anugerah untuk kita?
Lalu, mengapa
tidak dengan Allah? Bukankah sepatutnya bila Allah ingin anugerahkan sesuatu
yang besar kepada kita yang hina ini, kita menyambutnya dengan baik?
Maka,
bagaimanakah kamu menyambut cinta Allah itu?
BERSIHKAN DIRI DENGAN TAUBAT
Sebenarnya,
Allah masih lagi memberi peluang kehidupan kepada kita hingga saat ini supaya
kita memanfaatkannya untuk bertaubat.
Kata As-Syahid
Imam Hasan Al-Banna :
“Sekiranya anda ingin memperbaharui hubungan dengan Allah, mulailah dengan
BERTAUBAT “
Kita tidak
menuju Allah dengan membawa jasad kita ini. Tetapi, kita akan bertemu Allah
dengan membawa jiwa kita ini.
Lalu, dengan
apa kita mengisi jiwa kita ini?
Jiwa ini
kekuatannya hanyalah bila bersandar pada Pemilik asalnya. Ia akan menjadi lemah
bila bergantung kepada selain Pemiliknya.
Sekiranya kita
mengisi jiwa ini dengan maksiat dan dosa, maka perjalanannya untuk menggapai
cinta Allah itu semakin hari semakin lemah sekiranya kita tidak
segera bertaubat.
Bertaubat
adalah untuk mensucikan jiwa kita. Jiwa yang bersih suci barulah dapat memberi
kekuatan kepada badan untuk menggerakkan amal untuk mencapai cinta Allah.
PENUTUP : CINTAKAH KITA PADA IA?
Anda inginkan
cinta Allah, bukan? Lalu, mengapa tidak bersihkan halangan-halangan di
sepanjang jalan ini untuk sampai ke matlamat cinta Allah itu?
Dosa dan
maksiat itu hanya keseronokan bersifat sementara. Yang me’nikmati‘nya di
dunia akan menjamah api neraka Allah di akhirat. Yang resah dan risau kerana ’ter’jerumus
ke dalamnya, maka dia perlu segera bangkit dan bertaubat.
Dosa hanya
melambatkan usaha kita untuk menggapai cinta Allah. Ia cuma melemahkan hati
kita, menambah luka di jiwa serta memadam kebaikan.
Seorang ulama’,
Abdullah bin Mubarak pernah berpesan:
“Aku perhatikan dosa itu mematikan hati dan mempertahankannya adalah
kehinaan, meninggalkan dosa adalah kehidupan bagi hati, menundukkannya sangat
baik bagi jasmani, dan yang merosak agama adalah para penguasa dan ulama’ serta
pakar yang jahat.”
Orang yang
selesa dengan dosa, maka dia perlu segera memeriksa dirinya adakah dia
sedang BERCINTA dengan DOSA, atau BERCINTAdengan ALLAH?
Bukan jalannya
untuk menggapai syurga, kalau masih ada rasa sayang untuk tinggalkan
dosa !
jom kita recharge balik iman kita..sentiasalah bertaubat kepada Allah
apakah tujuan hidup dan matlamat kita di dunia ini?Untuk apa kita hidup nie?adakah untuk berterusan melakukan dosa?muhasabah balik diri selama kita hidup di dunia ni berapa banyak pahala yang kita dan kumpul.antara pahala dan dosa mana yang lebih banyak..ingat kembali adakah setiap perkara yang kita lakukan itu Allah redha ke tak?~SAYANGILAH DIRI KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~
