Kalau dengar tajuk ni mesti ada yang mcm pernah dengar kn?tapi di mana
yer?sebenarnya ni salah satu tajuk dalam buku ~U-TURN KE JALAN YANG LURUS.~karya
Zul Ramli M.Razali.Buku ni dah lama dah beli dan baca rasanya waktu
mula-mula aku masuk UKM dulu, sekarang dah tahun akhir di Ukm ,apa yang nak
diceritakan ni bukan pasal pasal ukm tapi pasal tajuk yang tertera kat atas
tu.hmm apa yang nak diceritakan adalah(macam skema ja ayat)bilanya habis
membaca buku ni ada satu tajuk dan kisah yang menarik minat aku dan melekat kat
kotak fikiran sampailah hari ni yang membuat diri ini berfikir dan muhasabah diri
seketika.jadi kat sini nak kongsi dengan pembaca semualah.kalau ada yang
pernah membaca buku ni tak kisah lah.. baca jugak entri yang nak ditulis tulis
nie.

Kisahnya bermula di sini….
Di sebuah pekan kecil di Switzerland terdapat sebuah tugu seekor anjing di sebuah stesen kereta api.Ada cerita menarik disebaliknya.
Pada suatu hari,tuan
anjing bersama anjingnya keluar dari rumah dan dalam keadaan kedinginan mereka
menuju ke stesen kereta api tersebut.Hari itu tuannya terpaksa meninggalkan
anjingnya sedang dia terpaksa keluar ke pecan lain atas satu urusan.
Sebaik sahaja kereta api sampai,tuannya mengusap-usap anjingnya dan dengan penuh manja seperti biasa anjing itu menjilat-jilat tuannya.Tuannya berangkat dan berlalu pergi bersama kereta api yang menjalar di atas landasan pejal,meninggalkan anjingnya di belakang.
Sebaik sahaja kereta api sampai,tuannya mengusap-usap anjingnya dan dengan penuh manja seperti biasa anjing itu menjilat-jilat tuannya.Tuannya berangkat dan berlalu pergi bersama kereta api yang menjalar di atas landasan pejal,meninggalkan anjingnya di belakang.
Apabila sampai di pekan yang dituju,tuannya diserang sakit mengejut.Penyakit itu membawa kepada kematian dan jenazahnya disemadikan di sana.
Keesokannya seperti semalam,anjing ini keluar dalam kedinginan menuju dengan penuh setia tuannya di stesen.Apabila kereta api sampai,ia menyalak-nyalak dan melompat kegembiraan. Ia duduk bertentangan dengan pintu gerabak,apabila pintu terbuka semua penumpang melangkah keluar namun,ia tidak menjumpai wajah tuannya. Kereta api kemudiannya berlalu pergi membelah hari dan dengan sungul ia mengatur lankah pulang.
Keesokannya ia datang lagi buat menunggu tuannya dengan penuh setia.Begitulah hari-hari ia ke stesen tersebut.Ia datang dengan melompat-lompat riang sambil menyalak-nyalak disekeliling stesen kegembiraan.Apabila kereta api sampai,sambil menahan nafas bagi meledakan rasa menerkam dan menjilat manja,tuannya pula akan mengusap-usap kepalanya.Penumpang seperti biasa seperti biasa melangkah keluar seorang demi seorang namun, tidak ada wajah tuannya.Kereta api kemudiannya berlalu pergi.Dengan wajah sungul dan tertunduk pilu ia melangkah longlai berlalu pulang meninggalkan stesen
Ia tekun mengulang perkara yang sama setia hari selama bertahun tahun,musim terus silih berganti,ia tetap menyalak riang sebelum kereta api datang dan kemudiannya pulang dengan sungul,namun di manakah tuannya?
Sehinggalah anjing itu
tua,ia hanya duduk mundar mandir di sekitar stesen namun masih tetap setia
menunggu tuannya pulang.Dia kemudiannya tidak kemana-mana hanya mampu berbaring
lemah dengan wajah penuh sayu,menanti dan terus menanti.Panjang episod
dukanya.Dalam nafas-nafas terakhir ia masih setia menunggu,di tempat yang sama
tuannya membelainya buat kali terakhir,sesuatu masa lampau.Di stesen tersebut
akhirnya ia menemui ajal,pada sbuah penatian yang tiada noktah.
Begitulah setiannya seeokor anjing.Pihak stesen yang merakam kisah itu kemudiaanya membina sebuah tugu sebagai lambang kesetiaan.
~ tamat
sudah kisahnya~
hmm apa pengajaran yang
kita dapat dari kisah anjing ini?Apabila melihat kisah anjing yang panjang ini
benarlah kata-kata Saidina Ali
"Aku belajar tentang takwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya"
Jadi kat sini nak ulas la sikit apa yang penulis buku ini nak sampaikan dan kaitannya dengan kata-kata Saidina Ali tersebut.Apa sebenarnya kaitan anjing dengan kita sebagai manusia.Malu sekirannya ingin dibantingkan antara kita sebagai manusia dengan Allah dengan seekor anjing dengan tuannya. Kita lihatlah bagaiman anjing dilayan?Tuannya anjing hanya memberinya makan di bawah meja,kadang di luar rumah dan kadang-kadang makanan itu hanya dilempar,tidur pula disudut yang terasing di luar rumah.Ketika hujan turun kadang-kadang tempiasnya membasahi anjing lalu mengigil kesejukan.Satu je kelebihannya ialah ia sedar bahawa ia bukan anjing terbiar seperti anjing jalanan yang tidak bertuan.Itu sahaja!Namun seekor anjing tetap setia dan bersyukur.
Sedang kita sebagai manusia bukan menerima makanan lebih di dunia ini,bukan juga menumpang di rumah asing,sebaliknya kita yang menguasai dunia ini.Sebenarnya begitu banyak nikmat-nikmat yang telah Allah beri kan kepada kita.Pelbagai nikmat-nikmat dan kurniaan Allah untuk kita sebagai hambanya di dunia ini yang telah kita perolehi,nikmat sihat,masa,kekayaan,kebahagiaan,dapat makan makanan yang sedap-sedap dan banyak lagi yang tidak terkira.
Sungguh besar apa yang Allah berikan kepada kita tetapi masih belum mampu untuk kita setia kepada-Nya.Apa yang kita lakukan untuk membalas nikmat Allah ini?meninggalkan kewajipan dan melakukan larangan Allah dan itukah balasan kita untuk apa yang telah Allah berikan?Kita lihat pada hari ini masih ramai orang di luar sana yang tidak kenal akan Penciptanya serta tidak patuh pada agama( sudah tidak kenal bagaimana nak setia kan?)Apakah sebenarnya yang ada pada seekor anjing sehingga mempunyai nilai kesetiaan yang tidak terkalah ini?
Jadi sama-samalah kita
bermuhasabah diri kita kembali...sepanjang hidup ini apa yang telah kita
lakukan?apakah kita lakukan untuk membuktikan kesetiaan kita kepada
Allah?cukupkah sekadar berada dirumah solat lima waktu dan tidak memikirkan
orang lain?
Akhir kata(untuk ketika nie sahaja)dalam kita menjalani kehidupan ni kesetiaan tu amat sangat penting.contohnya dalam hubungan suami isteri kesetiaan tu amat penting dan kalau tak ada nilai kesetiaan itu rasa-rasanya masih wujudkah hubungan/ikatan suami isteri tu?begitu juga pemimpin kalau tidak ada kesetiaan daripada rakyat dan rakyat sudah hilang kesetiaan kepadanya..maka adakah dia layak berada di posisi sebagai pemimpin dan digelar sebagai seorang pemimpin?tapi kadang2 kita mampu memberi kesetiaan kepada seorang pemimpin ataupun sesiapa sahaja hanya kerana mereka memberi sedikit keselesaan kepada kita..letaklah nilai kesetiaan itu pada tempat yang betul dan kesetiaan yang paling asas adalah kepada Allah yang Maha Mengetaui setiap sesuatu.
p/s:sebenarnya apa yang berada di
sekeliling kita memberi pelbgai pengajaran buat kita sebagai pengembara di
dunia ini..jadi lihatlah sesuatu itu dengan fikiran yang positif dan
berfikirlah dengan menggunakan nikmat akal yang telah Allah berikan~terasa
kerdilnya diri ini~
No comments:
Post a Comment
thanks a lot May Allah Bless you..have a good day