Saturday, December 3, 2011

Kita sentiasa diberi pilihan,so jalan mana yg akan kita pilih?


Dalam hidup ini kita sentiasa diberi pilihan untuk menentukan apa yang kita mahu dalam kehidupan kita.Bahkan seluruh aspek yang berkaitan dengan hidup ini kita yang menentukan bukan orang lain. Contohnya time lapar,kita diberi pilihan makanan apa yang kita nak makan,restoran mana yang kita nak pergi,mahal ke murah ke kita sendiri yang tentukan. Contoh lain kalau nak beli pakaian,kita tak di tetapkan oleh tuan kedai tu untuk membeli atau tidak baju yang diorang jual dan tak jugak tuan kedai tu cakap “ha awak mesti beli baju yang ini” takde kan?hmm kalo ada msti kita taknak kn gi kedai tu lagi, xpon  kita bkar je kedai tu.hehe. dan itulah hakikat kehidupan ini.Setiap apa yang kita lakukan itu mesti berdepan dengan pilihan
            Biasanya kalau kita nk buat pilihan sessuatu pilihan tu,selalu kita akan melibatkan orang lain. Kita akan meminta pandangan orang lain lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan situasi yg sukar dan kita sangat memerlukan keputusan yang tepat pada ketika itu. Contohnya dalam soal jodoh,ia sangat memerlukan kita untuk membuat pertimbangan yang paling tinggi sebelum kita nak memutuskan sesuatu pilihan lebih-lebih lagi kalau kita ada lbh dari satu pilihan,time tu mula mcm-mcm emosi timbul,stress,dilemma,takut,hmm kenapa kita rasa mcm tu?kerna ia berkaitan dengan masa dengan kita. Nak pilih calon hidup bukan mcm kita pilih bju sbb kita akan berkongi kehiduupan dengan dia sampai akhir hayat kita,jadi kenalah buat pilihan yang tetap dan ketika tu kita kena mnta pandangan orang lain dan akhirnya kita membuat pilihan dan persoalannya adakah pilihan kita tu tepat?
            Hmmm abis soal jodoh skng masuk pula soal yang lagi penting dari tu yakni berkaitan dengan diri kita. Dan dalam hidup ini kita sendiri yang menentukan hidup kita..jalan mna yg kita nk pilih sama ada nk jadi baik atau nak jadi jahat kita sendiri yg tentukan walaupun kdang2 ita terpengaruh dengan persekitaran,situasi atau pon desakkan hidup dan kita mesti ingat setiap pilihan kita tu ada risiko dan cabarannya. Kalau pilihan yg kita lakukan itu salah,maka orang yg pertama akan dipersalahkan adalah diri kita sendiri dan kita xboleh tuding jari pada orang lain sbb kita sendiri yg buat pilihan itu dan kita harus bertanggungjawab dengan pilihan tersebut.
            Tetapi ramai jgk yang  menyatakan bahawa mereka tidak berjumpa dengan pilihan yang banyak dalam hidup  dan tidak berusaha mendapatkan pilihan lain dan hnya berserah dengan apa sahaja yang ada dan menganggap hanya itu sahaja pilihan yang ada, maka pada hakikatnya itu sebenarnya adalah satu pilihan mereka.harus diingatkan kembali bahawa setiap pilihan yg kita lakukan tersebut akan dipersoalkan kelak.


Jika sesuatu urusan itu kita tidak diberikan pilihan maka ia adalah satu paksaan. Dalam Islam,paksaan itu adalah sangat dilarang seperti masa dalam firman Allah SWT:

Tidak ada paksaan pada agama (Islam), sesungguhnya telas jelas akan jalan yang benar daripada jalan yg sesat.” (Al Baqarah:256)

Islam adalah agama yang murni kerna ia sentiasa memberi kita pilihan dan jalan keluar daripada sebarang masalah yg kita hadapi. Jika kita x diberi pilihan maka ianya bermaksud sesuatu hal itu adalah melibatkan keterpasaan kepada diri kita dan kita tidak mungkin akan mendapatkan pilihan yg lain. Dan dari sudut syarak hal tersebut juga bermaksud kita bebas dari hukum atau tanggungjawab seperti dosa dan pahala. Sedangkan solat dan nikah pon tidak sah kalau kita terpaksa dan adalah mustahil akan ada hisab di akhirat dalam hal yg kita dipaksakan. Firman Allah :
 “ Pada hari ini tlh Kusempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan tlh Ku redha Islam itu menjadi agama bgimu. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja mahu berbuat dosa,sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah: 3)
Di sini menunjukan bahawa Allah menyuruh kita memilih,menyuruh kita bertanggungjawab atas pilihan kita. Maka dosa dan pahala akan dating sebb ada pilihan dan tindakan. Oleh itu kita hendaklah memahami dengan benar tentang pilihan dan pelajari segala jenis pilihan yg ada dalam kehidupan ini semampu boleh. Dan jika dulu kita pernah melakukan dosa besar dalam hidup kita maka kita diberi pilihan sama ada untuk men “tranformasikan” diri kearah kebaikan atau terus dengan kehidupan yg penuh dengan dosa. Di sini menunjukkan bahawa kita sendiri lah yg mencorakkan kehidup kita bukan orang lain dan jgn merasakan apabila kita telah melakukan kesilapan dalam hidup, kita tidak diberikan pilihan  untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Kita perlu tahu bahawa Allah itu Maha Pegampun dan Penyayang pada hamba-hamba-Nya,Cuma kita perlu kuat untuk mengubah hidup kita kearah yg lebih baik sbb nak buat sesuatu yg baik terasa amat sukar krna nafsu dan syaitan ini xpernah senang klau kita nk buat sesustu yg Allah suka.
Kesimpulannya kat sini nk cakap selalu lah recharge iman kita supaya apabila kita berdepan dengan byk pilihan kita dapat membuat pertimbangan dan berfikir dengan rasional selaras dengan ajaran Islam agar pilihan yg kita buat tu tidak membawa kita kepada kesengsaraan dan kemurkaan Allah…dan jgn ckp dlm hidup ini kita xdiberikan pilhan mcm da orng bila sesuatu terjadi pada drinya,dia merasakan Allah tidak sayang pada nya dan dunia ini seolah2 tidak adil untuk dia lalu membunuh dri..ha!! itu sebenarnya satu pilihan yg salah tlh dia lakukaan..mcm juga seorang banduan yg baru dilepaskan,disebbkan tidak tahan dan kuat dengan cemuhan dan pandangn negatif masyarakat padanya maka dia memilih untuk terus berada di jalan yg membawa dia kepada kegelapan dan kemurkaan Allah padahal dia ada pilihan sama ada pekakkan telinga dan teruskan langkah untuk mara kehadapan dengan jayanya atau mendengar apa yg orang ckp dan menyalahkan diri dan takdir dengan apa yg berlaku pada dirinya dan teruskan kesilapan tersebut.jadi mana yg menjadi pilihan banduan tersebut?hmmm antara Syurga dan Neraka mana yg kita pilih?jadi apa pilihan yg kena kita buat untuk membawa kita kepada kedua-dua tempat yg tlh Allah jnjikan tersebut?tinggalkan kesenangan yg hnya sementara atau kesusahan yg amat pada awalnya dan penghujungnya kebahagiaan yg hakikit?tepuk dada tnya iman.
Click Me~


No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day