Saturday, December 17, 2011

Sampai Bila Ingin Cintakan Dosa?


Kenapa kita selalu melakukan sesuatu perkara yang pada hakikatnya kita tahu perkara itu adalah dosa dan kita tahu ia akan mendatangkan kemurkaan Allah?Adakah kerana kita terlalu cintakan dosa sehinggakan mengetepikan kemurkaan Allah?perlulah kita ingat bahawa Allah tidak akan rugi  jika jika kita smelakukan dosa TAPI yang akan rugi itu adalah DIRI kita sendiri



Dosa itu suatu yang melukakan jiwa. Ia melemahkan langkahan untuk menuju Allah.

Namun, hakikatnya semua manusia itu pasti akan berdosa. Kerana Allah tidak ciptakan manusia ini dengan memiliki ‘standard ketaatan’ yang sama seperti malaikat.

Manusia ini diciptakan dengan nafsu. Dia pasti akan tersilap. Dari kesilapan itu, perlunya pembaikan. Namun, gagal mengawal nafsu pula adalah satu bencana.

Memang Allah ciptakan kita dengan kepastian bahawa kita ini tidak pernah terlepas dari dosa. Kenapa?

Supaya kita ini meluangkan masa untuk melihat dan memuhasabah diri, lalu, kita membuat 
perubahan ke arah yang lebih baik.

Supaya kita lebih teliti dalam menjaga diri untuk mengejar cinta Allah.
Kita semua berhajat kepada cinta Allah, bukan?


Lalu, adakah Allah beri selonggok macam itu sahaja cinta-Nya?

Oh, sudah tentu tidak!


Allah beri jalan untuk kita mencapai cinta-NYA. Allah tidak campakkan begitu sahaja. Kalaulah Allah buat begitu, maka pastinya kita tidak menghargai nilai cinta itu, kerana begitu mudah untuk mendapatkannya.

MAKSIAT DAN DOSA MELEMAHKAN PERJALANAN HATI MENUJU CINTA ITU

Sesiapa sahaja pasti pernah berbuat dosa. Baik anda, baik diri saya sendiri. Tetapi, bagaimana hati kita ketika dalam keadaan begitu?

Selesakah kita? Takutkah atau bagaimana perasaan ketika itu?

Perjalanan menuju cinta Allah ini sebenarnya banyak halangannya. Antara halangan terbesar adalah dosa kita sendiri.

Kalaulah diibaratkan sebuah kereta yang sedang bergerak, tayar pecah hanya kerana paku-paku kecil, adakah mampu lagi ia meneruskan perjalanan? Tidak, kecuali setelah dibaiki.
Begitulah dosa dalam kehidupan kita. Sekecil manapun dosa itu, ia tetap menjadi penghalang kita untuk merebut cinta Allah. Ia akan melemahkan jiwa kita, menyebabkan kita lesu dalam usaha menggapai cinta agung itu.

Kita perlu bersyukur apabila Allah sudi untuk anugerahkan cinta-Nya kepada kita. Kenapa?
Anda bayangkanlah, Sultan tidak pernah mengenali anda. Siapalah anda di mata Sultan.Anda hanya orang kampung, yang bekerja pun biasa-biasa saja. Tidaklah bergaji mahal, tidaklah berkedudukan tinggi. Tetapi, suatu hari, Sultan memanggil anda dan memberi anugerah sebagai tanda sayangnya kepada anda. Daripada ramai rakyatnya, cuma anda seorang sahaja yang terpilih, apa perasaan anda ketika itu?

Itu cuma seorang Sultan. Allah yang lebih besar daripada Sultan itu, Pemilik segala-galanya, ingin mengnugerahkan cinta kepada kita yang hina ini. Rasa-rasa, layakkah kita? Tetapi, Allah tetap juga ingin anugerahkan cinta-Nya kepada kita.

Allah ingin beri, kenapa kita tidak berusaha untuk mengambilnya?

Kalaulah seorang Sultan tadi ingin berikan anugerah kepada kita, tiba-tiba beberapa hari sebelum mendapat anugerah itu, kita telah membuat sesuatu yang menyebabkan Sultan itu murka, Agak-agaknya masih ada lagikah anugerah untuk kita?

Lalu, mengapa tidak dengan Allah? Bukankah sepatutnya bila Allah ingin anugerahkan sesuatu yang besar kepada kita yang hina ini, kita menyambutnya dengan baik?
Maka, bagaimanakah kamu menyambut cinta Allah itu?

BERSIHKAN DIRI DENGAN TAUBAT

Sebenarnya, Allah masih lagi memberi peluang kehidupan kepada kita hingga saat ini supaya kita memanfaatkannya untuk bertaubat.

Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna :
“Sekiranya anda ingin memperbaharui hubungan dengan Allah, mulailah dengan BERTAUBAT “

Kita tidak menuju Allah dengan membawa jasad kita ini. Tetapi, kita akan bertemu Allah dengan membawa jiwa kita ini.

Lalu, dengan apa kita mengisi jiwa kita ini?

Jiwa ini kekuatannya hanyalah bila bersandar pada Pemilik asalnya. Ia akan menjadi lemah bila bergantung kepada selain Pemiliknya.

Sekiranya kita mengisi jiwa ini dengan maksiat dan dosa, maka perjalanannya untuk menggapai cinta Allah itu semakin hari semakin lemah sekiranya kita tidak segera bertaubat.
Bertaubat adalah untuk mensucikan jiwa kita. Jiwa yang bersih suci barulah dapat memberi kekuatan kepada badan untuk menggerakkan amal untuk mencapai cinta Allah.

PENUTUP : CINTAKAH KITA PADA IA?

Anda inginkan cinta Allah, bukan? Lalu, mengapa tidak bersihkan halangan-halangan di sepanjang jalan ini untuk sampai ke matlamat cinta Allah itu?

Dosa dan maksiat itu hanya keseronokan bersifat sementara. Yang me’nikmati‘nya di dunia akan menjamah api neraka Allah di akhirat. Yang resah dan risau kerana ’ter’jerumus ke dalamnya, maka dia perlu segera bangkit dan bertaubat.

Dosa hanya melambatkan usaha kita untuk menggapai cinta Allah. Ia cuma melemahkan hati kita, menambah luka di jiwa serta memadam kebaikan.

Seorang ulama’, Abdullah bin Mubarak pernah berpesan:
Aku perhatikan dosa itu mematikan hati dan mempertahankannya adalah kehinaan, meninggalkan dosa adalah kehidupan bagi hati, menundukkannya sangat baik bagi jasmani, dan yang merosak agama adalah para penguasa dan ulama’ serta pakar yang jahat.”

Orang yang selesa dengan dosa, maka dia perlu segera memeriksa dirinya adakah dia sedang BERCINTA dengan DOSA, atau BERCINTAdengan ALLAH?
Bukan jalannya untuk menggapai syurga, kalau masih ada rasa sayang untuk tinggalkan dosa !

jom kita recharge balik iman kita..sentiasalah bertaubat kepada Allah
apakah tujuan hidup dan matlamat kita di dunia ini?Untuk apa kita hidup nie?adakah untuk berterusan melakukan dosa?muhasabah balik diri selama kita hidup di dunia ni berapa banyak pahala yang kita dan kumpul.antara pahala dan dosa mana yang lebih banyak..ingat kembali adakah setiap perkara yang kita lakukan itu Allah redha ke tak?~SAYANGILAH DIRI KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~
Click Me~

No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day