Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year @ New York!!


eh..eh tajuk cakap kat New York asal ada Twins Tower lak nie?

Assalamualaikum semua?apa khabar sihat?dah makan ker?moga-moga kalian semua berada dalam lindungan rahmat Allah hendaknya

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada seluruh warga planet bumi ni terutamanya bumi Malaysia tercinta inilah mane lagi kan?

Hmm pada tahun ini aku sempatlah join XPDC anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)untuk berdakwah kepada anak muda disekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur..ha Kuala Lumpur yer bukan New York..haha

Sepertimana yang diketahui untuk sambutan tahun baru ini banyak program-program Islamik diadaakan oleh agensi-agensi tertentu untuk menarik orang ramai ke arah ~Islam is the way of Life. Contohnya

  1. Konsert Hibur Didik (Dataran Greenwood)
  2. Himpunan 1000 jiwa 1 hati di/Masjid Negara
  3. Konsert Aspriasiasi Ikim fm di Majlis Wilayah Persekutuan
  4. Soal Jawab Agama bersama Ustaz azHAR Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
  5. Program Indahnya Islam di Masjid Al Syakirin KLCC
  6. Himpunan Mahasiswa Upsi(yang ni special sikit)hehe
Tapi apa yang nak diceritakan nie bukan pasal program-program yang dinyatakan di atas.bukan apa program-program tersebut dah cukup ok dah.Cuma program yang ke 7 tu jer yang kontroversi sedikt tapi ok pe perjaungan Mahasiswa kan.


So apa yang nak diceritakan sebenarnya nie????????

Apa yang nak diceritakan itu adalah berkenaan pengalaman,pandangan dan perasaan aku ketika di Dataran Merdeka Kuala Lumpur semperna sabutan kita nak menyambut kedatangan 2012

Jadi apa perasaan aku?sangat teruja!terkejut!sedih,pilu,sebak,terkilan dan apa jerlah yang sewaktu dengannya.Apa yang terujanya?sebab pe sebab first sambut tahun baru,terkejutnya pulak?melihat ramai sangat orang,macam-macam lapisan masyarakat lah dari seusia awal 7 bulan mungkin sehinggalah dalam lingkungan 70-an mungkin juga.Selain tu jugak pelbagai warganegara ada,Malaysia,Indonesia,Bangladesh,Orang puteh(hehe)macam-macam lagilah


Mengapa sedih,pilu,kecewa,terkilan,sebak?hmm pertama sekali bersama rakan-rakan seperjuangan keluar dari perkarangan masjid Jamek untuk menuju ke Dataran Merdeka sambil mencari-cari anak-anak muda untuk sedikit bicara terasa takut tengok telatah orang-orang yang ada disitu,dengan keadaan bising yang dibuat-duat bertambah lagi dengan perlakuan kurang sopan,memakai costumes dan tanduk seperti syaitan di kepala.Hati ini terdetik sayu melihat gelagat anak muda yang seolah-olah seperti tiada arah tujuan.Di tambah lagi melihat seorang ayah memakaikan anak-anaknya rambut palsu ber "style" punk di kepada dengan si ayah itu juga memakai tanduk di kepada.Hati aku bermonolong sendirian  "apalah yang diorang dapat,apalah erti tahun baru tu pada diorang"



                             ha nie la salah sorang yang letak tanduk kat kepala tu..


Ya Allah,time tu rasa macam "betul ke aku ada di Malaysia" hmm rasa macam ada kat New York je(hiperbola jer nie rasanya New York tu lagi teruk)Tapi tulah hakikatnya yang perlu diterima rasanya nilai-nilai Islam itu sudah terhakis di jiwa mereka,walaupun majoriti yang berada di situ berbangsa Melayu dan Islam tetapi itulah cara mereka menyambut tahun baru, anakmuda dengan bercouplenya,  cara permakaian yang sudah semestinya pengaruh dari barat..(sebab tulah tajuk entri nie kat New York hehe)hmm ditambah lagi dengan adanya konsert artis-artis terkenal yang menjadi idola rakyat Malaysia seperti Faizal Tahir,Misz Nina,Noh Hujan dan lain-lain membuatkan hati ini terasa sedih melihat keadaan umat Islam kini.


nie contoh konsert jerlah yang ada pada malam tu tapi memang ada pon faizal ni nyanyi kt dataran merdeka tu




Hmmmm...Salah siapa sebenarnya nie? dan siapa yang harus dipersalahkan?


Apa yang penting tak perlu nak cari salah siapa dan tuding jari untuk cari kesalahan siapa.apa yang perlu kat sini bagaimana nak membawa kembali budaya Islam dan nilai-nilai hidup Islam dalam kalangan masyarakt Islam di Malaysia.Jadi setiap umat Islam(kita termasuk sama la tu) terutamanya generasi muda ini bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakt kini agar masyarakat Islam di Malaysia kembali mengamalkan budaya Islam.Tak salah nak sambut tahun baru nie dan ,Islam ada caranya..


Apa pun setiap dari kita itu ada amanah yang telah ditaklifkan oleh Allah yakni untuk menyebarkan Islam.Islam itu untuk disebarkan dan keindahannya perlu dikongsi bersama bukan untuk diri sendiri jer.Kalu kita baik,takkan tak nak tengok saudara-saudara kita yang tersalah langkah teruskan kesalahan mereka?mesti kita nak mereka jadi baik jugak kan?barulah ada rahmat dalam sesebuat negara tu..


~Indahnya Islam Manisya Iman~






  















No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day