Saturday, June 30, 2012

Aku dan UKM

Assalamualaikum...

Tertiba nak buat tajuk entri ni..hehe bukan apa hari paper last aku exam..s0 sekarang dah hooorey!!opss tesis tak siap lagi sebenarnya..huhu

hmmm pejam-pejam celik dah 3 tahun aku mencari ilmu kat UKM nie,rasa macam baru jer masuk dan join minggu mesra pelajar (yang entah hape2 tu)..tertiba ja rasa sebak pulak..huhuhu biasaalah pelbagai pengalaman suka dan duka aku tempuhi sendirian dan bersama-sama teman.Kat sini jugalah banyak mengajar aku erti kehidupan.Macam cabaran dan dugaan ditempuhi..dugaan untuk mentarbiyyah diri..dugaan dalam menuntut ilmu..dugaaan dalam mencari sahabat yang sejati, dugaan dengan sifat malas yang melampau-lampau dalam diri ni dan macam-macam lagilah..huhu

Rasa takut pon ada jugak  sebenarnya bila dah abis nie..bukan takut jer macam -macam perasaan ada gelisah,sedih,serabut,kosong..hmm entahlaah kenapa.Masa pantas betul berlalu dan aku dan habiskan 3 tahun hidup sebagai seorang mahasiswa fakulti Pengajian Islam Jabatab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan(skema ja ayat). Pelbagai persoalan juga muncul dalam kotak fikiran aku ni..  apa yang aku dah belajar selama 3 tahun ni?ilmu yang aku belajar ni mampu ke aku aplikasi kat dunia luar nanti?layakkah kau nak mengajar orang nanti?Kadang-kadang rasa macam tak belajar apa pon.huhu hmm macam-macam yang bermain kat fikiran.

Apa pon hidup mesti diteruskan dan yang penting ilmu yang diperolehi perlulah diaplikasikan dalam kehidupan dan apa yang baik itu perlu disebarkan seperti mana Sabda Rasulullah S.a.w    "Sampaikan kepada umatku walau hanya sepotong ayat" (riwayat Bukhari) Jadi aku perlu mempersiapkan diri untuk menempuh dunia yang lagi mencabar di luar sana nanti (chaiyok-chaiyok)


nie la serba sedikit kenangan aku di UKM..

                                                               tadaaa...nie laa UKM (sikit jer la nampak hehe)




ha nie laa kawan-kawan yang sama berjuang dengan aku di UKM..hehe(ada lecture jugak)
 gambar ni masa kami (modul kaunseling) gi buat program kat budak-budak hendry gurney. (hmm kesihan tengok adik-adik kat situ walupun mereka pernah melakukan kesalahan tetapi niat untuk berubah tu ada.Mereka sangat-sangat memerlukan kekuatan spiritual yang kuat untu menempuh kehidupan bila keluar dari tempat ni nanti.)




ni jer la ghupa-ghupa muslimin2 yang ada dalam kelas(maklumlah lelaki makin pupus..hehe)


yang ni masa kita orang buat latihan Amali dakwah non Muslim kat   Tanah Gempur Johor



nie pon sama jugak masa latihan amali dakwah.hmm bukan mudah untuk menjadi seorang dai'e,macam-macam cabaran dan dugaan.walau apa pun dugaan dan cabaran itulah sumber kekuatan dalam meneruskan dakwah Rasulullah S.a.w


   ni pulak masa makan-makan (hmm nasib badan la sebab ceq tak makan seafood dan segaal jenis ikan-iakn ayaq tawaq)




p/s Apa yang baik itu jadikan teladan yang buruk tu buang jauh-jauh..okeyh

No comments:

Post a Comment

thanks a lot May Allah Bless you..have a good day