
Dalam melayari
bahtera kehidupan ini macam-macam
perasaan kita akan rasa dan lalui, ada kalanya kita rasa bahagia, gembira, sedih.,
kecewa, marah, geram,putus asa dan bermacam-macam-macam lagilah perasaan yang
ada. Setiap orang pasti akan merasai perasaan sebegini dengan situasi yang
berbeza. Tipu la kalau sesorang itu hidupnya gembira sentiasa tak pernah rasa
sedih (untunglah kalau ada orang mcm nie). Hakikatnya perasaan-perasaan
sebegitu lah yang mewarnai kehidupan kita. Yang mengajar kita tentang
kehidupan. Dalam hidup ini kita takkan selalunya rasa gembira.Ada saatnya bila
mana Allah menguji dengan sesuatu ujian, sebagai contoh masalah rumah tangga,masalah
dengan kawan-kawan-kawan,masalah dengan bos dan bermacam-macam-macam lagilah
masalah yang ada kita akan rasa sedih, putus harapan dan menyendiri. Bila mana kita
bermuhasabah kembali sebenarnya ujian Allah itu ada hikmahnya..ujian-ujian yang
mendatang menjadikan kita manusia yang tabah dan cekal dan membuatkan iman kita
bertambah jika kita bersangka baik terhadap Allah.

Dalam menjalani
kehidupan ini juga kadang-kadang kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia
dengan pelbagai jenis kerenah..Adakalanya orang itu membuat kita rasa gembira,
mengajar kita mentarbiah diri, memahami diri, sedih, membuat kita rasa putus
harapan pun ada jugak (nie jenis orang yang suka nk menjatuhkan orang haish)
ada jugak yang innocent … ada
jugak yang serius jer,kita cakap mcma xda perasaan like a robot..ada jugak yang
selalu buat kita rasa “sentap” ada jugak orang yang tak tahu nak klafikasikan
apa dan macam-macam lagilah perangai manusia. Hakikatnya manusia nie memang
sifatnya bermacam-macam perwatakan.kalau semua orang sama jer wataknya
tak best jugak hidup. Apa yang pastinya semua ini adalah hikmah dari Allah dan dari
segi psikologinya bagaimana kita nak berhadapan dengan manusia-manusia seperti
yang dinyatakan di atas?. Apa pon kena berfikiran positif.. jangan mudah
melatah..bertindak jangan ikut emosi. Ambil pengajaran daripada setiap orang
yang kita kenal sebagai sesuatu yang positif barulah hidup kita tak streees je
kan.

Dalam menjalani kehidupan di dunia ni..kadang-kadang kita terlupa apakah
matlamat hidup kita? Untuk apakah kita dihidupkan? Ke manakah kita selepas
ini?. Persoalan-persoalan sebegini selalu kita lupa (termasuklah diri ini) dek
kerana terlalu terkejar-kejar akan dunia sehinggakan meninggalkan amalan-amalan
yang menjadi saham untuk akhirat kelak. Manusia itu sifatnya lupa..oleh sebab
itulah kita kena selalu bermuhasabah. “Refresh” balik diri dan upgrade diri
menjadi insan yang lebih baik. Seperti manusia biasa yang lain aku juga
kadang-kadang selalu lalai dan alpa..hmm apa yang dikejar pon tak tahu..tup2
masa itu berlalu tanpa melakukan perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada
diri dan masyakat (huhu sedih). Ini lah hidup kena berjuang..berjuang melawan nafsu dalam mentarbiyyah diri...berjuang untuk menjadi hamba ALLAH yg TERBAIK..berjuang untuk meraih redhaNYA..berjuang untuk mengapai syurgaNya.
Hakikat yang perlu difahami kehidupan ini penuh mesteri sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada diri keesokan hari-minggu hadapan-bulan hadapan-tahun hadapan tetapi tak salah untuk kita membuat perancangan dalam hidup dan sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH. Hidup ini juga kata orang ibarat roda,kadang2 kita di atas dan kadang2 kita berada di bawah..Disaat berada di atas bersyukurlah dan di saat berada di bawah juga bersyukurlah kerana kita masih diberi nyawa untuk hidup dan itulah kehidupan yg perlu kita tempuhi.


Ambillah
waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah
waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah
waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah
waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah
waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan
Allah swt
Ambillah
waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah
waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah
waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah
waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah
waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
akhir kata Hidup Ini Indah Jika Kita Pandai Melakarnya